Wednesday, 1 March 2017

Wanita Zaman Sekarang Terlalu Berdikari, Hingga Ramai Menjadi Single


Cinta sejati bukan pencapaian yang mudah didapati. Wanita bijak sekalipun sukar mendapatkannya. Malah dalam lingkungan masyarakat, wanita cerdas kerap dibicarakan akibat mereka lebih sering hidup single.

Fenomena ini menjadi semakin menarik kerana subjeknya adalah wanita single yang cantik dan pintar. Semak ulasan berikut ini tentang mengapa wanita single lebih ramai single, seperti memetik Lifehack.

Mereka tak takut sendiri

Wanita bijak tahu apa yang mereka inginkan dan mereka tak bersedia menerima kekurangan. Mereka mencari lelaki setia kerana tak ingin membuang waktu berhubungan dengan lelaki nakal. Mereka tak takut hidup sendiri kerana pintar bersosial dan berhubungan baik dengan ramai orang. Wanita single mampu mewujudkan kebahagiaan yang diinginkan.

Tahu apa yang diinginkan

Setiap wanita mempunyai mental “checklist”. Mereka punya senarai keinginan dan itu menjadi pedoman hidup. Wanita akan mencari lelaki sesuai dengan kriteria yang ada dalam senarai impian.

Tak perlu lelaki lain untuk memudahkan gaya hidup

Kehidupan zaman dulu menggambarkan kebergantungan wanita pada lelaki. Wanita kini sudah semakin bijak. Mereka boleh memenuhi keperluan gaya hidup. Jadi tak menakutkan bagi wanita jika tak ada lelaki.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2mvu4Y4
via IFTTT

(Video) Terlepas dari tangan bapa, 2 kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 4

TIANJIN, CHINA - Dua kanak-kanak maut selepas terjatuh dari tingkat empat di sebuah pusat beli belah, malam semalam, lapor Shanghaiist. 
Sebelum kejadian jam 9 malam itu, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dan adik perempuannya, 2 tahun, sedang didukung oleh bapa mereka, berhampiran penghadang kaca di tingkat empat pusat beli-belah tersebut. 
Si bapa yang cuba melihat ke tingkat bawah (B1) untuk mencari isterinya bagaimanapun gagal mengimbangi badan lalu menyebabkan anak sulungnya terjatuh. 
Ketika lelaki itu cuba menyelamatkan anak sulungnya, malangnya anak kecilnya pula terlepas dari tangan menyebabkan kedua-duanya terjatuh ke aras B1. 
Kedua-dua mangsa terjatuh dengan kepala mereka terlebih dahulu terhempas pada lantai tingkat itu dan maut serta merta di tempat kejadian. 
Si bapa segera berlari ke aras B1 untuk mendapatkan kedua-dua mangsa. Malangnya mereka sudah tidak bernyawa. 

Tangisan kesedihan lelaki itu membuatkan orang ramai yang melihat kejadian itu sedih dan bersimpati.

Gambar kejadian itu juga viral di media sosial mengundang rasa simpati netizen. Ada segelintir netizen yang menyalahkan lelaki itu kerana cuai sehingga menyebabkan dua anaknya terbunuh.
Bagaimanapun, tampil beberapa netizen yang lain menasihatkan orang ramai elakkan memuat naik komen-komen yang tidak baik dan menyatakan kejadian itu boleh berlaku pada sesiapa sahaja meskipun dalam sudah mengambil langkah berjaga-jaga.
Polis tiba di tempat kejadian dan lelaki itu ditahan untuk membantu siasatan berhubung kejadian tersebut. - The Reporter


from :) http://ift.tt/2lAUUtx
via Mudahnya Memasak Di Dapur

AWAS !!!! Tanda-Tanda Mengesan Kanser Pangkal Rahim. Semua Wanita Perlu Ambil Tahu Hal Ini. Jangan Abaikan Info Ini.. Kepada wanita di luar sana jangan ambil muda tentang perkara ini.... Ini musuh pertama bagi wanita selain dari kanser payu dara...!!!!!

Tanda-Tanda Mengesan Kanser Pangkal Rahim – Kanser pangkal rahim ini mempunyai tahap (level) untuk dikesan bahawa penyakit itu sudah mencapai tahap yang keberapa. Masih baik stabil atau sudah kritikal. Bahaya! Semua wanita perlu ambil tahu hal ini.
Kadang-kala ramai remaja sekarang yang mempunyai penyakit dan mudah allergic. Kebanyakan sabun tidak sesuai. Bakteria mudah membiak dan mengakibatkan vagina seseorang itu menjadi gatal-gatal. Jadi ubati segera agar tidak mencapai tahap sehingga boleh mendapat penyakit yang tidak sepatutnya.
Berbanding dengan kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap kanser pangkal rahim sering dapat mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Ini disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj [vagina]  yang apabila berlaku penyakit kanser, perdarahan yang berlaku boleh dikesan hampir serta merta.
Di kebanyakan negara-negara maju, hampir 75% daripada wanita-wanita yang dikesan menghidap penyakit kanser pangkal rahim dapat dikesan pada peringkat awal.
Terdapat dua jenis utama barah pangkal rahim iaitu
Squamous cell carcinoma

Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.
Adenocarcinoma.

Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.
Walau bagaimanapun , di negara kita peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah. Apa yang paling penting adalah, wanita-wanita tersebut perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut dari Pakar Sakitpuan jika sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser pangkal rahim.
Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut:
  • Perdarahan selepas hubungan intim  (“postcoital bleeding“)
  • Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
  • Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
  • Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
  • Hilang selera makan
  • Turun berat badan yang mendadak
  • Faktor-Faktor Terjadinya Kanser Pangkal Rahim

Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah:
  • Hubungan intim pada usia muda
  • Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
  • Merokok
  • Wanita dari golongan susah ataupun miskin.
  • Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalanipemindahan buah pinggang dan lain-lain.
  • Wanita yang mempunyai pasangan yang ramai.
  • Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear bolehdikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim.
Kaedah Rawatan Kanser Pangkal Rahim

Terdapat 3 jenis rawatan yang boleh diberikan kepada wanita-wanita yang mengidap kanser pangkal rahim. Tiga jenis rawatan utama tersebut adalah :
a. Pembedahan
b. Rawatan Radioterapi
c. Rawatan Kemoterapi


from :) http://ift.tt/2lB23tX
via Mudahnya Memasak Di Dapur

Wanita Indonesia Tidak Sedar Buah Pinggangnya Dicuri Oleh Majikan..


SELAMA bertahun-tahun, media antarabangsa melaporkan tentang kes penderitaan fizikal dan mental yang ditanggung oleh pekerja asing dari negara miskin di Asia akibat penderaan yang dilakukan oleh majikan yang kaya di negara Asia Barat.

Tetapi dalam laporan tersebut, kes kecurian organ tidak pernah disebut.

Sehinggalah baru-baru ini, seorang wanita Indonesia tampil mendedahkan satu daripada buah pinggangnya telah diambil tanpa pengetahuannya kira-kira tiga tahun lalu ketika dia bekerja di Qatar.
Mangsa, Sri Rabitah dari Lombok Indonesia, mendakwa, pada Jun 2014, dia pergi ke agensi pekerjaan tempatan untuk mendapatkan kerja di Asia Barat.

Pada awalnya, wanita berusia 25 tahun itu diberitahu bahawa dia akan bekerja untuk sebuah keluarga di Abu Dhabi di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Namun sebaliknya, dia dihantar bekerja dengan sebuah keluarga Palestin di Doha, Qatar.

Sebaik sahaja dia tiba, majikannya memberitahu kepada Sri Rabitah untuk melakukan pemeriksaan bagi memastikan dia tidak mempunyai penyakit berjangkit dan sihat bekerja.

Wanita muda itu tidak pernah menyangka permintaan majikannya akan melibatkan pembedahan untuk mengambil organnya.

Mengimbas kembali detik ngeri itu, Sri Rabitah berkata, dia berasa pelik apabila tiba di hospital pada hari ketiga bekerja.

Jelasnya, seorang doktor memberitahu dia kelihatan lemah dan perlu mengambil suntikan untuk memulihkan tenaga.

"Tanpa kebenaran, doktor itu menyuntik saya.

"Kenapa pemeriksaan perubatan memerlukan suntikan," katanya kepada akhbar tempatan Indonesia, Detik.

Rupa-rupanya suntikan itu merupakan ubat pelali dan Sri Rabitah mengingati detik-detik dia dibawa ke bilik pembedahan yang penuh dengan alatan bedah.

"Sebaik sedar, saya berasa sakit di bahagian belakang badan dan mendapati terdapat kesan parut kecil.
"Malah darah turut keluar ketika kencing, tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku di hospital tersebut," ujarnya.

Sri Rabitah menunjukkan laporan doktor yang membuktikan buah pinggangnya dicuri. - Ihsan Kompas

Lebih buruk lagi, beberapa hari selepas kejadian tersebut, majikannya menghantar semula Sri Rabitah ke agensi pekerjaan atas alasan dia tidak sihat dan tidak cergas bekerja.

Dia kemudiannya dihantar ke majikan lain tetapi jatuh sakit beberapa kali sebelum dibawa pulang ke Indonesia.

Akhirnya segala misteri terbongkar apabila wanita itu melakukan pemeriksaan di Lombok selepas doktor memberitahu dia kehilangan satu daripada buah pinggangnya.

"Doktor memaklumkan buah pinggan saya hanya tinggal satu di bahagian kiri manakala organ di bahagian kanan digantinakan dengan sejenis tiub.

"Saya mahu kerajaan menyaman pelaku yang mencuri buah pinggang saya ini," katanya.

Sri Rabitah dijadualkan menjalani pembedahan untuk membuang tiub berkenaan pada 2 Mac dan wakil rakyat di kawasan itu telah menggesa kerajaan Indonesia mencari pihak yang bertanggungjawab untuk menanggung semua kos rawatan wanita malang tersebut.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2muUDwy
via IFTTT

Lelaki Ini Buat Toner Untuk Maknya Bebas Daripada Jeragat. Anda Yang Umur 35 Ke Atas Patut Cuba!


Kalau anda salah seorang daripada orang yang ada masalah jeragat, pasti anda tahu betapa payahnya nak berdepan masalah kulit ini. Lebih-lebih lagi kalau anda yang mempunyai kulit cerah, boleh hilang keyakinan andai tak dirawat, silap-silap kulit tampak lebih gelap dari biasa.

Mungkin ada yang sudah mencuba dan sanggup habis duit beribu-ribu demi menghapuskan jeragat. Jenuh cuba pelbagai produk tetapi tetap tiada kesannya! Tetapi tahukah anda, hanya dengan menggunakan bahan dapur, masalah jeragat juga boleh hilang?

Ok untuk tahu lebih jelas, baca perkongsian Herry Rozular ini...

Malam ni nak buat toner kat mak kita. Jeragat ni memang benda biasa bila dah umur 35 ke atas. Orang kulit normal pun boleh amalkan cuma tak payah letak limau nipis tu je. Ni salah satu daripada resepi kulit cantik pakai bahan semula jadi yang saya upkan hari tu.


1. Ni botol beli dekat daiso. Tak ada daiso beli je la botol-botol macam ni dalam watson atau guardian.


2. Ni je bahannya. Depend saiz botol macam mana. Kalau kecil, timun itu potong dua.


3. Blend je timun tadi.


Dah siap tu tapis pastu letak limau nipis. Limau nipis ni untuk orang berjeragat. Kalau normal cukup je dengan timun tadi. Nak best lagi letak dalam peti sejuk. Nanti spray memang rasa segar!

Moga bermanfaat buat anda...

Sumber: Mingguan Wanita


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2mGCVTJ
via IFTTT

[VIDEO] Nyanyian Abang Bomba Jadi Viral, Rupa-rupanya Anak Saleem Iklim


Sekali dengar suara abang Bomba ini, saling tak tumpah macam suara penyanyi lagenda tanahair iaitu Saleem kumpulan Iklim.

Mendendangkan lagu berjudul "Mimpi Yang Pulang" nyanyian asal Saleem Iklim, video Nursyafiq Farhain pantas menjadi tular di media sosial gara-gara suara emas yang dimilikinya itu.

Beberapa video lain nyanyian jejaka kelahiran Kampung Chalok, Setiu, Terengganu ini pernah menjadi tular namun nyanyiannya di aplikasi Smule kali ini telah menarik lebih ramai penonton untuk mengenali lebih dekat siapakah pemilik suara persis Saleem ini.

Setelah diselidiki, rupa-rupanya Nursyafiq Farhain adalah anak kepada penyanyi Saleem dan kini bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat di Johor Bahru. Patutlah suara macam Saleem, ya lah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan!



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2m8OiWG
via IFTTT

Harga Gula Pula Naik 11 Sen Sekilogram - Kerajaan Mengelak Untuk Buat Pengumuman Rasmi??


Harga gula meningkat sehingga RM0.11 ​​sekilogram, walaupun belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai dibuat.

Sekilogram gula kini berharga RM2.95, iaitu peningkatan 4 peratus sejak pelarasan harga terakhir pada tahun 2013.

Ini telah disahkan oleh Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Hong Chee Meng.

Jelas beliau, perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui mesej teks.

"Saya menerimanya kira-kira jam 3 petang. Saya dimaklumkan melalui WhatsApp. Tidak ada surat rasmi," kata Hong.

Beliau mengandaikan kerajaan mengelak untuk membuat pengumuman rasmi untuk mengelakkan peruncit dari menaikkan pemberitahuan dan pengguna daripada pembelian panik.

Hong menyifatkan kenaikan harga sebagai sederhana kerana kali terakhir harga barangan itu meningkat sebanyak RM0.20 sekilogram, memandangkan terdapat turun naik dalam harga gula global sejak kebelakangan ini

Sumber: Malaysia Kini


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2lr7Ml6
via IFTTT