Friday, 2 December 2016

Suami Bunuh, Kerat Mayat Isteri 8 Bahagian Agar Dapat Pergi Ke Thailand

Suami Bunuh, Kerat Mayat Isteri 8 Bahagian Agar Dapat Pergi Ke Thailand

bunuh

Seorang suami telah membunuh isterinya dengan kejam dalam satu kejadian jenayah di Jerman.

Selepas membunuh isterinya, dia mengerat mayat isterinya kepada lapan bahagian.

Kemudian lelaki berkenaan telah ke Thailand untuk berpoya-poya.

Suspek bernama Horst Koenig yang berumur 53 tahun hanya menundukkan kepala apabila dia disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana membunuh isterinya.

Wanita malan itu bernama Grace, 37 tahun yang merupakan seorang warganegara Filipina.

Horst telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana kesalahannya itu.

Lapor akhbar Mirror, Horst telah membunuh isterinya menggunakan tukul seberat 2.2 kilogram ketika mangsa sedang tidur.

Dia kemudian mengerat mayat mangsa sebelum membuangnya.

Horst dikatakan telah mencari dan merancangan pembunuhan isterinya selama sebulan agar dia dapat meluangkan masa berseronok di Thailand.

Selepas kematian wanita yang dikahwininya 10 tahun yang lalu, Horst telah mengambil kesemua wang mangsa di dalam akaun bank dan menempah penerbangan ke Thailand untuk melampiaskan nafsunya. Malah Horst telah menyewa sebuah locker di sebuah gudang untuk melupuskan mayat mangsa.

Lima minggu kemudian apabila Horst kehabisan wang selepas berpoya-poya dengan wanita lain di Thailand dan visanya tamat tempoh, Horst kembali semula ke Jerman dan ditahan sebaik saja tiba di negara kelahirannya itu.

Mahkamah berkata, Horst telah mengkhianati isterinya dan tamak. – PENMERAHDOTCOM

The post Suami Bunuh, Kerat Mayat Isteri 8 Bahagian Agar Dapat Pergi Ke Thailand appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gTGuSy
via IFTTT

Sindir Shila Amzah, Ini Kenyataan Balas Ayda Jebat

Sindir Shila Amzah, Ini Kenyataan Balas Ayda Jebat

aydaj

Ayda Jebat dan juga Shila Amzah sekali lagi menjadi tumpuan para peminat mereka.

Ini setelah Shila Amzah dilihat tidak menyukai tindakan Ayda Jebat memunaik satu video di laman Instagramnya.

Video itu menunjukkan Sharnaaz Ahmad sedang miming lagu Shila Amzah berjudul “Selamanya Cinta”.

Sehinggakan pihak Shila Amzah ada menghubungi Ayda agar memadam video berkenaan.

Shila juga memuatnaik satu status tidak berpuashati dengan perkara berkenaan di Twitter:

ayda-shila

Ini respon Ayda Jebat:

“Lagu itu ada dalam streaming muzik saya dan secara gurauan saya merakam wajah Sharnaaz ketika lagu itu keluar dan memuat naik di ‘Instastory’ dalam Instagram.

“Tiada niat untuk sindir mana-mana pihak, sebagai anak seni saya sentiasa menyokong karya artis-artis tempatan. Namun saya minta maaf kalau ada pihak yang tersinggung,”

“Saya faham dia kata ini kali kedua saya buat begitu, pertama itu adalah dalam babak drama Awak Sangat Nakal, saya ada menyanyikan lagu dia dan ia hanya untuk memberi sedikit komedi dalam babak itu.

“Cuma saya kesal, dia menganggap perkara itu terlalu serius dan pihaknya ada menghubungi saya semata-mata meminta saya memadamkan video berkenaan dari Instagram,”

Ayda kata dia hanya bergurau sahaja naun Shila Amzah terlalu serius tentang hal berkenaan. -PENMERAHDOTCOM

 

The post Sindir Shila Amzah, Ini Kenyataan Balas Ayda Jebat appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2h1Bj7s
via IFTTT

(5 Gambar) Wanita Ini Dianugerahkan Pramugari Paling Cantik Di Dunia

Wanita Ini Dianugerahkan Pramugari Paling Cantik Di Dunia

pr

Wanita berasal dari Xi’an, China bernama Liu Miaomiao dianugerahkan sebagai pramugari paling cantik di dunia.

Anugerah ini diberikan dalam satu pertandingan yang dianjurkan World Air Stewardess Association (WASA).

Liu memulakan kerjaya sebagai atendan penerbangan di Shenzhen Airlines pada tahun 2010.

Pramugeari ini telah melalui pelbagai satu siri ujian yang ketat untuk mendapat kerja terbabit.

Antaranya, ketika orientasi selama tiga bulan, Liu dan rakan-rakanya dikehendaki mengimbangi mangkuk di atas kepala.

Aktiviti itu dibuat untuk membentuk postur badan yang sempurna serta menggigit penyepit kayu untuk mengamalkan senyuman yang sempurna.

Liu kemudian dinaikkan pangkat kepada ketua pramugari pada tahun 2014.

Dalam pada itu, Liu berkata, kerjayanya membuatkan dia berasa bangga kerana dengan profesionalisme akan memberi inspirasi kepada anak muda untuk menjadi atendan penerbangan apabila mereka besar nanti.

Jom lihat beberapa gambar Liu:

liu-1

liu-2

liu-5

liu-6

The post (5 Gambar) Wanita Ini Dianugerahkan Pramugari Paling Cantik Di Dunia appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2fSnxif
via IFTTT

Thursday, 1 December 2016

Pengawal Peribadi Mengamuk Tembak Datuk Berjaya Ditahan

Pengawal Peribadi Mengamuk Tembak Datuk Ditahan

temba

Satu kejadian tembakan telah berlaku di Pulau Pinang semalam.

Seorang pengawal peribadi yang disyaki menembak mati telah berjaya ditahan pihak polis.

Pengawal tersebut menembak tiga mangsa termasuk majikannya yang bergelar Datuk di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, semalam, baru sehari bekerja dengan mangsa.

Menurut sumber, pengawal peribadi berusia 37 tahun yang berasal dari Kepong, Kuala Lumpur.

Dia dikatakan berada di tempat duduk belakang manakala pemandu Datuk itu duduk di penumpang hadapan.

Katanya, Datuk terbabit memandu kereta kerana pemandunya itu mabuk.

Ini komen polis:

“Siasatan awal mendapati suspek baru sehari bekerja dengan majikannya itu yang juga seorang ahli perniagaan dan ketika itu pemandu Datuk terbabit tidak dibenarkan memandu kerana dia dalam keadaan mabuk.

“Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham antara pengawal peribadi dan juga pemandu sehingga membuatkan suspek mengamuk dan melepaskan tembakan,” 

Pengawal peribadi itu turut menembak majikannya sendiri, Datuk Ong Teik Kwang selepas dilaporkan mengamuk ketika berada di dalam kenderaan.

Seorang lagi yang berada dalam kenderaan cuba melarikan diri namun tembakan rambang suspek terkena seorang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal yang melalui jalan sama.

Menururnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown jam 9 pagi ini untuk direman.

Dalam kejadian 7.15 malam itu, mangsa yang maut dikenal pasti ialah:

  1. Datuk Ong Teik Kwang, 32 tahun
  2. Senthil Murugiah, 38 tahun
  3. Choi Hon Ming, 32 tahun

Mangsa yang cedera pula Lee Hong Boon, 56, Nurul Huda Aziz, 38, Arivarni Krishnan, 33, Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer, 28, dan Lim Boon Leng, 32.

The post Pengawal Peribadi Mengamuk Tembak Datuk Berjaya Ditahan appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gSoeZQ
via IFTTT

(4 Foto) 3 Orang Maut, 2 Cedera Termasuk Seorang Jurukamera RTM Akibat Ditembak

3 Maut, 2 Cedera Termasuk Seorang Jurukamera RTM Akibat Ditembak

tem
Tiga orang disahkan maut dalam satu kes tembakan di Pulau Pinang.

Salah seorang mangsa yang maut termasuk seorang yang dipercayai berpangkat Datuk.

Kejadian tembakan ini berlaku di Tun Dr Lim Chong Eu Expressway, Pulau Pinang.

Menurut laporan The Star, ketiga-tiga mereka berada di dalam kereta ketika ditembak dalam kejadian kira-kira 7.30 malam hari ini.

Dua lagi mangsa tembakan cedera dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid telah mengesahkan kejadian tembakan tersebut.

Pihak polis kini masih lagi melakukan siasatan di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa keempat yang juga seorang wanita cedera parah akibat ditembak dan dibawa ke Hospital Penang untuk rawatan.

Seorang lagi mangsa ialah jurukamera RTM bernama Muhamad Amirul Amin Amir juga terkena tembakan di dada ketika melalui kawasan tersebut.

Amirul dikatakan sedang menuju ke Pesta Pulau Pinang bersama rakannya, Mohamad Iskandar Osman ketika kejadian berlaku.

Mangsa yang cedera dilaporkan stabil dan sedang dirawat di hospital.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke Majlis Perasmian Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong.

The Star dalam satu kemaskini melaporkan seorang lagi cedera dalam kejadian tersebut. Namun identiti mangsa masih belum diketahui.

Utusan Online dalam satu laporan memberitahu mereka difahamkan seorang pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad Pulau Pinang turut cedera dalam kejadian. Sumber: Sinar Online, The Star, Utusan Online

-PENMERAHDOTCOM

t-1

t-2

t-3

t-4

The post (4 Foto) 3 Orang Maut, 2 Cedera Termasuk Seorang Jurukamera RTM Akibat Ditembak appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gPaxuN
via IFTTT

(5 Gambar) Alas Kaki Ada Ayat Al-Quran Dirampas, Kes Akan Disiasat

Alas Kaki Ada Ayat Al-Quran Dirampas, Kes Akan Disiasat

k

Kini telah menjadi viral apabila didapati banyak alas kaki didapati mengandungi tulisan ayat suci Al Quran seperti mana yang tersebar di laman media sosial sejak kelmarin.

Kejadian di Terengganu

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu membuka kertas siasatan tentang kes itu.

Pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan produk alas kaki mengandungi ayat-ayat suci al-Quran akan disiasat.

Pesuruhjaya Jabatan Agama, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada seorang pembeli alas kaki di sebuah pasar raya di Dungun yang mengadu terdapat ayat-ayat al-Quran di dalam alas kaki itu.

Operasi bersepadu bersama Kementerian Dalam Negeri diadakan bermula semalam, di pasar raya dan kedai yang dikenal pasti menjual alas kaki terbabit.

Ini komen Datuk:

“Semalam, ada pembeli itu datang ke Pejabat Agama Dungun.

“Ini untuk mendapatkan kesahihan berhubung penemuan ayat suci al-Quran di dalam alas kaki yang baru dibelinya disebuah pasar raya di Dungun.

“Pihak kami telah menjalankan siasatan dan mendapati kertas bercetak yang mengandungi ayat suci ini dipercayai digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk dijadikan sebagai salah satu cara menampakkan alas kaki itu lebih tebal berbanding alas kaki lain,”

“Bagi kesalahan itu, individu didapati bersalah mempersendakan ayat al-Quran atau hadis boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

“Bagaimanapun, sekiranya pengeluar produk itu berada di negeri lain, pihak kami akan memanjangkan perkara ini kepada pihak berkuasa agama di negeri berkenaan,”

“Ini kerana alas kaki yang mengandungi ayat suci ini tidak boleh digunakan demi menjaga kehormatan dan kesucian al-Quran.

“Dalam kes ini, saya amat kesal dengan pihak pengeluar produk ini kerana tidak menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Saya berharap mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya,”

Orang ramai yang telah membeli alas kaki itu diarahkan menyerahkan dengan kadar segera kepada Jabatan Agama untuk dilupuskan.

Kejadian Di Melaka

Jabatan Agama Islam Melaka menyita kira-kira 500 alas kaki mengandungi helaian kertas bercetak ayat al-Quran.

Rampasan dibuat di sebuah gudang barangan jualan keperluan rumah di Krubong.

Sitaan terhadap alas kaki itu dibuat anggota penguat kuasa JAIM dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka dan polis.

Pemeriksaan dibuat di gudang itu kira-kira jam 2 petang.

Pihaknya turut menemui terjemahan al-Quran dan doa-doa harian serta tulisan arab pada helaian kertas di bahagian dalam alas kaki berkenaan.

“Gudang ini dimiliki sebuah syarikat mengedar beberapa peralatan rumah termasuk alas kaki yang diperoleh dari Semarang, Indonesia.

“Ia akan dibekalkan di beberapa premis termasuk pasar raya di negeri ini dan Johor.

“Semasa pemeriksaan kita mendapat kerjasama dari syarikat malah mereka telah pun mengasingkan alas-alas kaki ini. Sitaan dibuat untuk siasatan lanjut dan tujuan perlupusan dengan kerjasama KDN,”

-PENMERAHDOTCOM

kapet-1 kapet-2 kapet-3 kapet-4 kapet-5

The post (5 Gambar) Alas Kaki Ada Ayat Al-Quran Dirampas, Kes Akan Disiasat appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gJIaSv
via IFTTT

Cubaan Rompak Gagal, Video Perompak Kelam Kabut Larikan Diri Jadi Viral

Cubaan Rompak Gagal, Perompak Kelam Kabut Larikan Diri

rr

Sekumpulan penjenayah gagal yang gagal merompak seorang wanita berusia 62 tahun yang dikatakan baru mengeluarkan wang RM185,000 dari bank.

Ini selepas penjenayah terbabit panik dengan kemunculan kereta unit peronda polis.

Kejadian cubaan rompakan ini berlaku di Seksyen 15, di Bangi.

Pada jam 10.30 pagi itu, dua buah kereta yang dinaiki lima orang lelaki telah mengekori kereta dipandu wanita itu dari bank

Kenderaan penjenayah itu kemudian bertindak memintas kereta mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang mengatakan kejadian itu disedari anggota MPV yang melakukan rondaan jenayah.

Melihat kehadiran polis, lima penjenayah itu melarikan diri dengan sebuah kereta.

Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan

Dari video yang sempat dirakam orang ramai, sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu oleh seorang suspek bertindak melanggar orang awam semasa hendak melarikan diri.

Ini videonya. -PENMERAHDOTCOM

r-1

r-2

r-3

r-4

r-5

r-6

The post Cubaan Rompak Gagal, Video Perompak Kelam Kabut Larikan Diri Jadi Viral appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gBJRys
via IFTTT