Tuesday 30 January 2018

Kejam!! Sudahlah Di Dera Bapa Sendiri.. Dirogol Pula Oleh Sepupu..!!


KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun mendakwa telah dirogol dan dicabul oleh beberapa orang sepupunya sejak berusia lima tahun.

Bapanya yang sepatut melindunginya juga bersikap kasar terhadap mangsa kerana telah menderanya.

Mangsa tinggal di Kunak, Sabah bersama ibu bapa dan adik lelakinya yang berusia tujuh tahun.

Semasa ibu bapa tiada di rumah, bapa mangsa mengamanahkan suspek untuk menjaga mangsa dan adik lelakinya namun mangsa mengambil kesempatan itu untuk mencabul dan merogol mangsa dengan memberi sejenis minuman menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.

Adik mangsa yang menyaksikan kejadian yang berlaku ke atas kakaknya itu turut menjadi trauma.

Sebelum ini, mangsa dilaporkan menjadi mangsa penderaan bapanya dan ibunya telah membawa mangsa dan adiknya ke Semenanjung pada Oktober tahun lalu.

Kini, remaja perempuan itu menetap di Sepang, Selangor dan telah hadir bersama penjaganya membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, pada 24 Januari lalu.

Pakar perubatan Hospital Serdang yang membuat pemeriksaan telah mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.

Berikutan kejadian yang berlaku di Sabah itu, pihak polis di Sepang telah merujuk kes ini ke polis Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, mengesahkan menerima laporan mengenai kes itu dan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dirogol oleh sepupunya sejak berusia lima tahun sehingga beliau berusia 12 tahun. 

Sumber: Berita Harian


from Sehinggit Media http://ift.tt/2BEBF9T
via Merah Hati Cintaku