Saturday 27 January 2018

Diet, Tapi Tak Perlu Siksa Badan, Doktor Ini Kongsi Tips Kurus Berkesan Guna Konsep ''Sukusukuseparuh''


Pelbagai pelan diet boleh diikuti bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan. Ada yang sanggup berlapar atau diet dengan cara yang ekstrem untuk mendapatkan berat ideal. Kurus dengan cara yang tidak sihat itu bahaya untuk kesihatan. Ditambah dengan rasa stress, pasti menyebabkan berat anda sukar untuk turun.

Sebenarnya ada cara untuk menurunkan berat badan anda tanpa rasa tertekan. Anda masih lagi boleh menikmati nasi, sayur-sayuran bahkan ayam goreng atau lauk kegemaran. Kuncinya hanyalah pada portion atau kuantiti setiap hidangan yang diambil.

Perkongsian daripada Dr Khairul Hafidz Alkhair ini boleh dijadikan panduan untuk anda. Mengamalkan konsep diet #sukusukuseparuh, beliau menjadikan perjalanan dietnya sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Berat turun, anda juga tidak stress sepanjang tempoh berdiet.

Jom kita baca perkongsian beliau di bawah. Moga bermanfaat untuk ada yang sedang mahu menurunkan berat badan. Selamat mencuba.

Orang selalu tanya apa yang saya selalu makan, mari saya share.

Ini adalah makanan tengah hari saya untuk hari ini, inilah apa yang saya makan setiap kali lunch.
Saya mengamalkan konsep #SukusukuSeparuh.


Di situ nampak pinggannya penuh & membukit kan? Itu kerana lebih separuh di pinggan saya adalah sayur-sayuran. Ayam saya makan dan kulitnya saya buang. Nasinya hanya suku pinggan sahaja.

Sedikit berlebihan kalori saya kerana saya sudah dalam maintainence phase, kalau yang mahu turunkan berat badan, ganti kuah sambal tu kepada sup kosong.

Dan makanan beginilah saya makan sewaktu saya berdiet dulu. Setiap kali lunch saya makan nasi, saya tak pernah tinggal makan nasi. Yang penting, jaga portion.

Sebab itu saya tak pernah rasa stress bila nak turunkan berat dahulu. Saya jadikan perjalanan menurunkan berat badan satu perjalanan yang menyeronokkan.


Kenyang ke makan begini? Sebenarnya sudah cukup. Yang rasa kenyang itu bukan berapa banyak nasi yang kita makan, tapi apa yang kita makan untuk penuhkan ruang perut kita.

Gunakan sayur sebagai ganti nasi kita tadi. Nak ikut? Silakan.

Sumber: Siakapkeli.my


from Sehinggit Media http://ift.tt/2nj2hbr
via Merah Hati Cintaku