Saturday 27 January 2018

12 Tanda-Tanda Besar Hampirnya Pilihan Raya Umum (PRU14)


Parlimen Malaysia ke-13 nampaknya akan terbubar selewat-lewatnya pada 24 Jun 2018. Pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran tersebut.

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak masih lagi berahsia akan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) itu. Wartawan dan rakyat jelata menanti-nanti tarikh keramat tersebut. Pemerhati politik mula membuat spekulasi berhubung bilakah tarikh PRU14 ini.

Namun begitu, tanda-tanda besar hampirnya PRU14 sudah mulai kelihatan. Pemimpin-pemimpin besar negara dilihat mula mendekati rakyat.

Berikut dibawah adalah 12 tanda-tanda besar hampirnya Pilihan Raya Umum (PRU14) ;

1. Akan munculnya makhluk yang datangnya 4 tahun sekali di tempat-tempat awam seperti di pasar borong, pasar malam, stesen bas, kawasan nelayan dan ada yang datang ke rumah-rumah.


2. Menteri-menteri mula menanggalkan baju kot dan mula menunjukkan muka masing-masing di kawasan pendalaman. Masuk dengan berjalan kaki, berbasikal dan naik motosikal. Malah ada yang memikul kampit beras dan hamper seberat 1kg.


3. Jalan-jalan kampung yang berlopak 3 tahun mula diturap dengan tar setebal yang mungkin. Malah jalan yang tak rosak juga di tar lapisan baru.

4. Upacara pecah tanah disana sini, perasmian sana-sini untuk pembinaan bangunan-bangunan seperti klinik, hospital dan sekolah untuk kebajikan rakyat.


5. Bantuan beras sekampit, gula 2kg, kain pelikat dan susu 2 tin kepada orang-orang kampung sebagai bekalan selama 4 tahun.

6. Menteri-menteri akan menyuapkan makanan kepada orang-orang tua atau orang kurang upaya lalu disebarkan meluas didada akhbar. Tiada lagi perasaan jijik.


7. Harga minyak akan kerap diturunkan mungkin 5 sen seminggu setiap liter.

8. Menteri-menteri akan tebar roti canai di gerai-gerai di sana-sini. Malah siap hidangkan makanan untuk pelanggan.

9. Menteri akan rajin asah sabit, cuci longkang , menoreh getah, kait kelapa sawit dan sebagainya.


10. Tetiba sahaja setiap kali kita makan di gerai atau warung tak payah bayar. Ada yang dah bayar. Makan banyak percuma.

11. Aircond kereta menteri rosak secara tiba tiba, cermin kereta sentiasa dibuka untukk melambai tangan, mesra rakyat agar muka dikenali.


12. Masalah rumah, masalah tanah yang berlarutan 4 tahun dapat diselesaikan dalam tempoh 1 minggu sahaja!

Dengan kuasa mengundi yang ada ditangan anda sebagai pemilih, jadilah rakyat yang bijak memilih pemimpin yang tidak menyusahkan rakyat pada masa hadapan ketika PRU14 nanti.


Sumber: infokini.my via blogmazeer.com


from Sehinggit Media http://ift.tt/2BwzsNC
via Merah Hati Cintaku