Sunday 28 January 2018

Campak Bayi Yang Baru Dilahirkan Selepas Tahu Kekasihnya Suami Orang


KEJAM dan tidak berhati perut. Seorang wanita sanggup mencampak bayi yang baru dilahirkannya dari tingkat 17 apartmen yang didiaminya selepas mengetahui teman lelakinya sebenarnya suami orang.

Netchanok Nokyungtong, 20, sangat kecewa kerana ditipu oleh teman lelakinya, seorang warga asing yang berasal dari Korea Selatan. Lelaki yang berusia 41 tahun itu telah kembali ke pangkuan keluarganya.

Manakala wanita berkenaan, melahirkan bayinya di Pattaya, Thailand. Bayi itu dilahirkan di dalam bilik rumahnya.

Netchanok mengaku dia mencampak bayinya dari tingkap selepas kekasihnya yang dikenali sebagai Kim melarikan diri dengan balik ke kampungnya selepas mengetahui bahawa Netchanok mengandung.

“Netchanok Nokyungtong melahirkan bayinya di dalam bilik air dan darah ditemui di atas lantai. Dia menyatakan dia terkejut dan tidak bersedia dengan kelahiran itu.

“Teman lelakinya adalah suami orang dari Korea Selatan dan dia tidak mahu tinggal dengan Netchanok. Dia sangat kecewa kerana lelaki itu kembali kepada keluarganya.

“Dia kemudiannya memasukkan bayi itu dalam plastik dan mencampaknya keluar tingkap. Bayi itu meninggal dunia,’’ kata polis. 

Sumber: MYNEWSHUB.CC


from Sehinggit Media http://ift.tt/2DHtdIR
via Merah Hati Cintaku