Tuesday 4 July 2017

Menteri Pertanian Kencing Di Dinding Sekolah Dikawal Oleh Pengawal Keselamatannya


New Delhi – Seorang menteri kerajaan telah menjadi bahan lawak pengguna media sosial selepas gambarnya membuang air kecil di kawasan terbuka telah tersebar meluas di media sosial dan telah menjadi tajuk utama Akhbar.

Insiden memalukan tersebut dikatakan telah berlaku pada hari Jumaat, walaupun baru-baru ini terdapat menteri disana yang telah mengeluarkan kenyataan yang mahu membendung gejala seperti ini serta mahu bertindak mencantikkan bandar.

Namun jika menteri sendiri tidak mengendahkan seruan terbabit serta melakukan perbuatan sebegini di tempat terbuka, bagaimana rakyat mahu berubah ke arah yang lebih baik.

Menurut petikan yang dipetik dari The Times Of India, Radha Mohan Singh yang merupakan Menteri Pertanian telah di lihat bertindak membuang air kecil di sebuah dinding sekolah sambil di kawal ketat oleh beberapa orang komando yang memegang senjata api.

Perbuatan menteri berkenaan telah menjadi tajuk utama di dada akhbar dengan tajuk “Menteri membuang air secara terbuka”.

Menurut laporan, gambar menteri tersebut yang berusia 67 tahun telah di ambil ketika dia berada di kawasan pemilihan Singh di negeri Bihar.

Rata-rata nitezen telah mengutuk menteri terbabit dan Pati Bharatiya Janat (BJP) yang di ketuai olehnya.

“Menteri Pertanian tersebut dikatakan telah merasmikan pembukaan pengairan di kawasan berkenaan yang dikatakan terjejas akibat daripada persengketaan serta beliau juga turut menyumbang kepada program ‘Clean India Mission’,” kata Rashtriya Janata Dal yang merupakan wakil parti politik tempatan seperti mengejeknya.

‘Clean India’ merupakan salah satu program di mana Perdana Menteri Narendra Modi untuk mempertingkatkan tahap kebersihan negara terbabit serta mengajar rakyat erti kebersihan dan dalam usaha mendorong mereka supaya menggunakan tandas awam.

“Hebat serta amat berbangga kerana mempunyai seorang menteri pertanian seperti Radha Mohan Singh yang sanggup menyiram rumput itu sendiri,” kata salah seorang nitezen bernama Santosh Bharadwaj seakan memerlinya.

Akan tetapi para penyokong menteri terbabit mengecam hebat media tempatan yang telah menerbitkan gambar pemimpin mereka yang seakan seperti sengaja menjatuhkan imejnya.

“Membuang air kecil adalah sesuatu yang sinonim dengan kitaran biologi manusia dan perkara tersebut tidak perlu di hebohkan bagi tujuan membuat kontroversi,” kata Sujith Kumar Singh yang merupakan menantu kepada menteri terbabit kepada akhbar tempatan yang menyiarkan berita mengenai menteri terbabit.

Walau bagaimanapun menteri yang mencetus kontroversi terbabit tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai berita terbabit.- AFP


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tlwut1
via IFTTT