Saturday 29 July 2017

'Oh Patutlah Kurang Ajar, Rupanya Artis' - Ika Nabella Diserang Makcik Di Instagram


Kelmarin, pelakon Ika Nabella memuat naik gambar perbualannya dengan seorang wanita yang cuba menyerangnya dengan kata-kata kesat di laman Instagramnya. 

Ika Nabella, 28, berkata, masalah itu berpunca apabila dia dituduh melanggar wanita itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Isnin lalu yang tiba-tiba naik hantu dan hilang pertimbangan sehingga memaki hamunnya di khalayak ramai. 

"Kami dari Surabaya menaiki penerbangan yang sama. Bila sampai di KLIA 2 kira-kira jam 2.30 pagi, makcik itu dan seorang lagi rakannya menghalang pengguna eskalator yang ingin berjalan cepat. 

"Jadi saya minta izin agar mereka beri laluan kepada kami sekeluarga, namun dia tidak berganjak. Jadi saya terpaksa lalu di tengah-tengah mereka yang berdiri untuk meneruskan perjalanan. 

"Namun dia tiba-tiba naik marah kerana katanya saya telah melanggar dia. Dia suruh saya minta maaf kepadanya selain mengeluarkan kata-kata kesat dan nada tinggi," katanya memetik laporan dari portal mStar Online. 

Tidak mahu perkara itu menjadi lebih kecoh, Ika meneruskan perjalanan sehingga kedua-dua mereka sekali lagi terserempak di kaunter pemeriksaan Imigresen. Wanita itu melur laju ke arahnya sambil menjerit perkataan yang tidak sepatutnya selain menunjukkan isyarat jari tengah. 

Cemas juga bila dia tiba-tiba datang ke arah saya dan menjerit-jerit seperti orang hilang pertimbangan. Mujurlah suami dan anaknya dapat menghalang dan minta dia bersabar. 

"Suami makcik itu juga sempat meminta maaf kepada suami saya atas tindakan memalukan isterinya itu," kata Ika. 

Menyangka insiden itu sudah habis di situ, rupanya tidak apabila wanita itu mencarinya di Instagram dan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya. 

"Rupa-rupanya dia cari akaun Instagram saya untuk melepaskan kemarahannya yang tidak habis itu. Dia menulis mesej peribadi kepada saya dengan kata-kata provokasi. 

"Dia juga mengugut mahu menyebarkan perkara itu kepada umum. Tetapi belum sempat dia sebarkan, biar saya sebarkan dulu kerana saya yakin dia yang mahu popular," kata Ika. 

Ika menjelaskan dia tidak mempunyai masalah dan bersedia menonton kembali rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di KLIA 2 siapa sebenarnya yang bersalah jika wanita itu mahukan kebenaran. 

"Kalau dia betul-betul rasa saya yang bersalah dan mahu melaukan saya, dia boleh tengok semula rakaman CCTV di KLIA 2. Bukannya dengan cara memalukan orang seperti itu," katanya. 

Dalam mesej yang dihantar ke Instagram Ika, wanita itu berkata Ika tidaklah sebijak mana dan setakat menjadi artis sahaja, malah mengugut mahu menyebarkan insiden itu kepada umum. 

Dalam status di Facebook pula, wanita itu mendakwa bukan dia tidak mampu menghentak Ika Nabella yang dilabelnya sebagai artis murahan dan mengatakan dirinya lebih bagus dari Ika. Malah turut mengaitkan ibu pelakon itu kononnya kasihan kerana melahirkan 'seekor anak bangsat!'. 

Dalam laporan kedua mStar, wanita yang didakwa menyerang Ika Nabella bernama Needa Abdullah berkata, dia mahu membuat laporan polis terhadap pelakon berkenaan kerana terasa dianiaya apabila Ika yang didakwanya mengeluarkan kenyataan yang tidak benar mengenai insiden tersebut. 

Needa juga mendakwa Ika berterusan melakukan provokasi di laman sosial yang katanya sengaja mahu merosakkan reputasinya. 

"Saya sebenarnya malas nak memanjangkan perkara ini tetapi nampaknya dia berterusan memburuk-burukkan saya dan memutar-belit situasi sebenar sehingga memberi kenyataan yang tidak benar kepada media. 

"Sebab itu saya nekad hendak membuat laporan polis terhadapnya dan jika dia masih bersikap melampau, saya tidak teragak-agak failkan saman malu pula," katanya. 

Dalam laporan itu, Needa juga menyatakan dia tidak mempunyai masalah untuk menonton semula rakaman CCTV di KLIA 2 seperti yang dicadangkan oleh Ika untuk mengetahui kebenaran di sebalik kejadian itu. 

"Saya tidak mempunyai masalah untuk menonton semula rakaman CCTV kerana ia dapat menjelaskan situasi sebenar dan bukannya seperti apa yang dia dakwa," katanya. 

Needa turut menafikan dakwaan kononnya dia memaki hamun Ika namun mengakui ada menegur sikap Ika yang tiba-tiba lalu dan merempuhnya dan rakannya di tengah-tengah ketika menggunakan eskalator di KLIA 2. 

Needa berkata, dia terkejut pada ketika itu dan mendiamkan diri namun apabila mereka terserempak di ruangan tuntutan bagasi Needa meminta Ika meminta maaf di atas insiden itu. 

"Saya cuma pergi ke tempat pungut bagasi, berdepan di depan dia dan cakap kepada dia 'lain kali kalau terlanggar orang cubalah minta maaf' dalam nada biasa. Namun dia sebenarnya yang 'naik hantu' apabila ditegur begitu. 

Needa mendakwa, Ika membalas kata-katanya itu dengan biadab seperti yang dilaporkan dalam mStar: 

"Oh you tau you dan kawan you besar sangat. So saya tak ada ruang nak lalu,"

Bagi Needa, kata-kata seperti itu adalah respon yang bongkak dan sangat biadap dan Needa mendakwa Ika sengaja memprovokenya.


"Dia kata kepada saya bahawa saya bukan ibunya dan siapa saya untuk menyuruhnya meminta maaf dan panggil saya perempuan murahan! 

"Siapa yang tak marah apabila dipanggil seperti itu tetapi tidaklah sampai saya terjerit-jerit seperti orang hilang akal seperti yagn diceritakan oleh pelakon itu," katanya. 

Needa juga turut menafikan suaminya meminta maaf kepada suami Ika atas insiden itu. Sebaliknya, suami dan anaknya hanya datang menyuruh dia beredar dari situ dan tiada sesiapa pun yang memohon maaf. 

Mengulas mengenai tindakannya menyerang Ika di Instagram, Needa berkata dia pada awalnya tidak menyedari Ika adalah pelakon dan hanya mengetahuinya selepas dimaklumkan oleh anaknya. 

"Selepas diberitahu, saya membuat carian di Google dan ada pautan ke Instagramnya. Itu yagn saya mesej dia beritahu, rupa-rupanya dia artis dan bukan niat saya mahu memanjangkan cerita atau menyerangnya, "kata Needa.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2v8yXtL
via IFTTT