Showing posts with label Sehinggit Media News. Show all posts
Showing posts with label Sehinggit Media News. Show all posts

Monday, 20 December 2021

9 Tips Menyelamatkan Kereta Daripada Rosak Ditenggelami Air Ketika Bencana Banjir

Tips Menyelamatkan Kereta Daripada Rosak Ditenggelami Air Ketika Bencana Banjir

Sebelum tenggelam

1. Jika kenderaan anda tidak boleh dibawa ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kereta masih belum ditenggelami air, anda bolehlah menyumbat lubang ekzos tersebut dengan sesuatu yang padat dan kalis air. Sebagai contoh, menutupnya menggunakan plastik.

2. Cabut terminal bateri kereta kerana anda tidak tahu berapa lama kenderaan tersebut akan dibiarkan tanpa dihidupkan sementara menunggu banjir surut.

3. Selamatkan barang-barang penting terutamanya yang mudah rosak akibat terkena air. Kalau boleh, selamatkan semua barang yang boleh diselamatkan kerana banjir bukanlah air biasa tetapi air yang datang bersama lumpur.

Ketika tenggelam

4. Jangan hidupkan enjin kenderaan yang sedang ditenggelami banjir terutama sekali apabila air banjir sudah menutupi ekzos kenderaan dan bahagian enjin. Elakkan juga dari memandu meredah banjir. Ingat tu!

Selepas surut banjir

5. Selepas banjir surut, jangan terburu-buru hidupkan enjin! Inilah pantang besar jika kenderaan anda ditenggelami banjir besar, JANGAN HIDUPKAN ENJIN!

6. Hubungi lori tunda untuk menunda kereta ke bengkel yang dipercayai. Komponen utama seperti enjin dan transmission kemungkinan rosak. Boleh jadi rosak teruk atau sedikit. Walau bagaimanapun, enjin tidak perlu overhaul, hanya flush minyak enjin beberapa kali. Sekali lagi diingatkan jangan hidupkan enjin ketika banjir. Enjin akan mengalami kerosakan lebih parah!

7. Jika sistem transmisi jenis manual, maka prosesnya lebih kurang sama seperti enjin tadi. Flush minyaknya beberapa kali sampai tiada air di dalamnya. Ikuti nasihat mekanik. Mungkin perlu flush tiga hingga lima kali atau lebih.

Namun jikalau sistem transmisi jenis auto, anda mungkin mempunyai masalah besar. Kemungkinan perlu overhaul atau lebih teruk dari itu, ia tidak dapat diselamatkan lagi. Anda mungkin terpaksa tukar gear box baru dan lain-lain. Harap-harap tidaklah sampai macam tu 🙁

8. Sistem elektronik boleh diselamatkan jika bernasib baik. Namun harus menunggu dalam masa yang agak panjang untuk lihat kesannya.

9. Kusyen kereta seperti biasa akan berbau busuk dan kotor akibat lumpur. Anda tiada jalan lain selain mencucinya sendiri atau mengupah orang untuk mencucinya. Kadangkala pihak bengkel ada menawarkan khidmat mencuci kenderaan akibat banjir, namun kosnya agak mahal kerana mereka terpaksa membuka sarung kusyen kereta dan mencuci dengan teliti.

Selepas siap dicuci, tidak dijamin juga bau lumpur dan kotoran akan hilang dengan serta merta. Tapi lama kelamaan akan beransur baik. Semburlah Febreeze dan letak Ambi Pur banyak-banyak ye!

Mengenai kos pembaikan kereta, ia adalah subjektif kerana bergantung kepada keadaan enjin sama ada boleh dihidupkan atau tidak. Kos pembaikan akan menjadi tinggi jika komponen enjin banyak yang rosak.

Yang paling penting, pilihlah bengkel yang boleh dipercayai dan bukan jenis cekik darah!

Diharapkan mangsa banjir di utara negara termasuklah kawasan di Pulau Pinang, Kedah dan Perak tabah menghadapi musibah ini. Semoga urusan membantu dan menyelamat daripada pelbagai pihak dipermudahkan buat mangsa banjir.

Kredit:Lobak Merah



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3peBNJm
via IFTTT

Monday, 20 September 2021

ALHAMDULILLAH.. Wanita Dapat Hidayah Peluk Islam, Mengucap Dua Kalimah Syahadah Ketika Terbaring Di Katil Hospital

"Aku sudah sah Islam," kata Laimi @ Nur Laila Tinggi, 66, yang berketurunan Dusun dan dilahirkan dalam agama Kristian dari Beluran.

Itulah reaksinya selepas memeluk agama Islam, seperti yang dikongsikan oleh anak sulungnya Firdaus Fringco Abdullah, 45.

Sebuah video berdurasi dua minit yang memaparkan Nur Laila mengucap dua kalimah syahadah ketika terbaring di atas katil dan bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan, di hadapan tiga jururawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini, tular sehingga mengundang tanggapan netizen bahawa dia memeluk Islam tanpa pengetahuan ahli keluarganya.

"Kami (keluarga) membuat panggilan video minggu lalu dan pada masa itu ibu menyatakan niatnya (untuk memeluk Islam) yang menyentuh hati kami," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Firdaus berkata beliau membuat hantaran dalam Facebook untuk menjelaskan tanggapan yang timbul mengenai keadaan ibunya ketika menerima rawatan di HDOK.

"Saya rasa bertanggungjawab untuk menjelaskan hal itu menerusi Facebook kerana ibu saya masih mempunyai saudara-mara yang bukan Muslim.

"Ibu pernah menyatakan hasratnya untuk memeluk agama Islam kerana empat daripada lima anaknya serta beberapa adik-beradiknya juga sudah memeluk Islam," katanya.

Firdaus berkata beliau telah menghubungi seorang pegawai di hospital itu memohon sekiranya ibunya boleh dibimbing untuk mengucap dua kalimah syahadah di atas katil hospital dan kira-kira 4 petang, 9 September lalu, ibunya sah bergelar saudara baharu.

Beliau berkata Nur Laila yang menghidap penyakit buah pinggang dan telah melengkapkan vaksinasi Covid-19, dimasukkan ke hospital pada 4 September dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

"Alhamdulillah, ibu saya semakin pulih dengan tiada lagi batuk dan dia juga boleh merasa makanan sekarang.

"Ibu tidak ditidurkan dan tidak dirawat di unit rawatan rapi," katanya.

Firdaus berkata ibunya belum lagi dibenarkan keluar dari hospital dan masih dalam pemantauan berikutan keadaan buah pinggangnya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital dan kakitangan kesihatan atas dedikasi mereka dalam merawat pesakit Covid-19 termasuk sepanjang rawatan ibunya di HDOK itu.

"Mereka (hospital dan kakitangan kesihatan) wajar diiktiraf sepanjang masa. Perkhidmatan mereka melangkaui tugas yang bukan hanya perubatan tetapi juga kemanusiaan," katanya.

Sumber: Harian Metro



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3zom8sI
via IFTTT

Wednesday, 15 September 2021

Rahsia Perubatan Islam Untuk Yang Kerap Sakit Tapak Kaki Dan Terasa Menyucuk Pijak Lantai Sejuk

Tahukah anda bila anda bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk2 di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin.Angin dalam badan anda itu angin tidak elok ..

Sesiapa yang mengalami masalah tersebut,Kerap sakit kepala,sakit belakang,sakit belikat ,lenguh tengkuk,Kerap sedawa,Kerap kembung perut..Jika angin Tak di buang dalam badan boleh mengakibatkan bisa seluruh sendi badan.Ada Masa jadi susah tidur malam..

Tahukah anda amalan rendam kaki dgn air yg di campur dgn sedikit ais dapat melegakan ketegangan otot dan dapat mengelakkan Dari Gangguan Jin. Terapi rendam kaki dgn air yg dicampur sedikit ais bagi org yang sukar tidur malam baik jika di amalkan.

Bagi masalah sakit kepala,Bisa sakit badan,elok amalkan rendam kaki dgn Air yg dicampur ais ini. Sekiranya anda ada gangguan jin yg Kronik anda pasti sakit seperti menyucuk2 di tapak kaki yg di rendam. Itu tanda yg tubuh kita ada gangguan makhluk halus. Sekiranya di amalkan inshaaAllah izin Allah jin akan terhindar dari tubuh anda.

Lagi baik jika di campurkan dgn daun bidara limau dan garam bukit dalam air berais itu. Kesan nya amat baik dalam tubuh badan kita. Cuba la ..

Sy setiap hari setiap pagi dan sebelum tidur pasti akan rendam tapak kaki dengan air ais. Amalkan sebelum rendam kaki baca:

#Al Fatihah7x

#Al Ikhlas7x

#Dan Selawat7x

Cuba la kesan nya amat memberangsangkan.InshaaAllah Izin Allah tapak kaki badan akan rasa ringan..

Kesan Gangguan makhluk halus.

Kaki Rasa Pijau bila di rendam kaki dalam Ais

Lenguh kebas pada kaki

Sakit mencucuk di kaki

Sekiranya anda ada kesan ini nasihat saya dapatkan rawatan islam berhampiran. Harus di ingat ini adalah Salah satu Alternatif dalam rawatan islam untuk sakit tapak kaki sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit InshaaAllah izin Allah Sakit anda akan sembuh.Semua atas izin Allah.

Baik Juga anda amalkan Mandi Ais seperti yang Saya sendiri share artikel sebelum ini. Siapa yang Tak tahan Mandi ais boleh la Cara di atas. Moga bermafaat pada mereka yang memerlukan InshaaAllah Aamiin

Kredit : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3AjJaSS
via IFTTT

Inilah 6 Sebab Anda Kerap Digigit Nyamuk Berbanding Orang Lain


Siapa kat sini yang sering menjadi mangsa gigitan nyamuk? Kadang – kala bila kita berada di kawasan banyak nyamuk anda sering menjadi tumpuan gigitan berbanding rakan yang lain.

Sedia maklum gigitan nyamuk ini adakalanya sangat gatal dan boleh meninggalkan parut jika kita kerap menggaru bahagian yang digigit nyamuk. Kerosakan permukaan kulit menyebabkan kesan hitam pada kaki dan tangan kita. Nampak buruk kan?

Kebanyakkan orang yang sering digigit nyamuk mengalami bonjolan merah kalau semakin kerap anda kena gigit nyamuk makan semakin banyak lah bonjolan merah di kaki dan tangan anda.

Pernah tak anda terfikir kenapa anda yang menjadi pilihan nyamuk – nyamuk terbabit? Sebenarnya perkara ini berlaku disebabkan banyak faktor dan antaranya ialah :

1. Badan yang lebih banyak mengandungi karbon dioksida menjadi salah satu sebab anda lebih tampak menyelerakan pada serangga. Manusia yang memiliki tubuh besar atau mengandung akan mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida dan secara tidak langsung ia menjadi pilihan gigitan serangga.

2. Mempunyai suhu badan yang lebih tinggi berbanding yang lain

Sekali lagi, manusia yang memiliki tubuh besar dan wanita mengandung kebiasaannya mempunyai suhu badan yang lebih itu, selain itu, orang yang baru lepas melakukan senaman juga akan memiliki suhu badan tinggi berbanding normal.

3. Jenis darah menjadi faktor anda digigit

Kajian menyatakan darah jenis O lebih digemari oleh nyamuk berbanding darah jenis A. Walaupun begitu, tiada kajian lanjut tentang perkara ini.

4. Kajian yang sama juga menunjukkan bahawa sesetengah orang akanmengeluarkan bahan kimia melalui kulit mereka yang menyatakan jenis darah mereka.

5. Komposisi mikrob pada kulit anda

Kita semua mempunyai flora mikrob yang unik dan cantik yang hidup di kulit kita. Malah, kita mempunyai lebih banyak mikrob pada kulit kita berbanding sel-sel kulit yang sebenarnya. Dan komposisi unik mikrob kami mempengaruhi berapa nyamuk yang mahu menggigit kami.

6. Aktif Bersukan

Senaman meningkatkan jumlah asid laktik yang dirembeskan oleh kulit anda, serta meningkatkan suhu tubuh keseluruhan anda. Untuk nyamuk, ini adalah makanan yang lazat dan kopi segar di hadapan seseorang yang baru sahaja bangun dari tempat tidur.

Semoga bermanfaat..



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3kaPGFN
via IFTTT

Anak Makcik Ada 9 Orang, Makcik Call Sorang Pun Tak Angkat. Akhirnya Makcik Pergi Sendiri

Sejak lahir lagi kita dijaga dengan penuh kasih sayang oleh insan yang bergelar ibu dan bapa. Mereka sentiasa menyayangi kita dan akan memastikan kebajikan kita terjaga.

Namun bila kita dah dewasa dan mereka pula semakin berusia, adakah kita mampu curahkan bakti yang sama seperti meraka sayangkan kita waktu kecil dulu?

Ada pun hukum menjaga ibu bapa yg sakit yakni ibu bapa kandung adalah terletak atas bahu anak-anak perempuan dan lelaki. Tidak ada sesiapa yang terlepas sekalipun perempuan itu telah berkahwin, maka jika sakit, semua anak-anak bertanggungjawab berbakti pada ibu ayah yg melahirkannya samada dia anak perempuan atau anak lelaki, telah berkahwin atau pun belum.

Bukan anak lelaki sahaja perlu dipertanggungjawabkan dan tidak benar anak perempuan terlepas dari menjaga ibu bapa yg sakit. Disebabkan anak lelaki sahaja yg disebut ‘wajib’ menjaga ibu ayah yg sakit,maka tugasan itu seterusnya diserahkan pula kepada menantu perempuan untuk menjaganya.Ini sama sekali tidak benar.

Apabila kita diuji dgn menjaga ibu bapa yg sakit perlulah persiapan mental dan emosi yg rapi, keperluan dan tempat tidur yg selesa. Jangan sekadar mahu menjaga, tetapi keselesaan tidak diberi , malah setiap hari pelbagai hamburan kita keluarkan kepada ibu & bapa yg sakit.

Mungkin kisah yang dikongsikan seorang pengguna facebook ni akan membuka mata kita semua, sama ada layak atau tidak kita digelar sebagai seorang anak yang berbakti kepada ibu bapa. Mungkin kisah yang dikongsikan ini adalah kisah lama, tapi kita sebagai anak boleh ambil kisah ini sebagai pengajaran

Bila aku tanya mana anak makcik tak de ke,dia jawab anak 9 orang tapi call semua tak jawab

Ini kisah Makcik Zahrah

Aku terkilan dan sedih tengok makcik Zahrah ni datang Hospital Kuala Lumpur seorang diri. Bila aku tanya mana anak makcik tak de ke, dia jawab anak 9 orang tapi call semua tak jawab

Aku cuba call anak dia sorang ini jawab dan aku harap anak dia akan datang segera untuk bantu Mak dia.

Bila aku tengok makcik ini, aku terbayangkan if itu adalah Mak aku.


Ya Allah ku pohon doa darimu supaya permudahkan segala urusan makcik Zahrah ini & ada orang datang teman makcik Zahrah ni.Amin

Betul lah orang kata ibu bapa boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak tu belum tentu boleh jaga ibu dan bapa

Sumber: mysumbermaya



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3nI2NQK
via IFTTT

Friday, 12 March 2021

Dikompaun RM10,000 Tidak Imbas MySejahtera

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan mengeluarkan kompaun ke atas seorang individu kerana tidak mendaftarkan diri menerusi aplikasi MySejatera atau buku pendaftaran dan boleh dikompaun sehingga RM10,000, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, berkata tindakan kompaun itu dikenakan dalam pemeriksaan pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai makan di Bukit Jalil, di sini, semalam.

"Dalam pemeriksaan kira-kira jam 6.55 petang itu, anggota pasukan pematuhan mengeluarkan kompaun ke atas seorang individu atas kesalahan tidak mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera atau buku daftar yang disediakan oleh pekedai.

"Ia seperti mana diperuntukkan mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, mana-mana individu yang melanggar SOP yang ditetapkan boleh dikompaun sebanyak RM10,000," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan dakwaan pihak yang tular mengatakan individu yang dikompaun itu sudah mendaftarkan diri melalui mana-mana saluran iaitu MySejahtera atau buku pendaftaran disediakan pekedai adalah tidak benar.

Terdahulu, tular di media sosial satu gambar menunjukkan surat kompaun yang dikeluarkan oleh pihak polis dan dipercayai kompaun mencecah RM10,000 pertama yang dikeluarkan leh polis atas kesalahan kerana melanggar SOP PKPB.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata individu yang dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh dikenakan kompaun RM10,000.

Katanya, langkah itu berikutan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan mulai 12.01 tengah malam semalam.

Menurut beliau, nilai kompaun kerana melanggar SOP ditetapkan sehingga RM10,000 namun ia bergantung kepada budi bicara pegawai yang diberi kuasa iaitu Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) untuk menetapkan nilai sebenar kompaun yang dikenakan.

Sumber: BH Online



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3ewbBVn
via IFTTT

Monday, 11 January 2021

Berang Tak Dapat Keluarkan Wang i-Sinar, Penganggur Pecahkan Mesin ATM

SIBU: Berang kerana tidak dapat mengeluarkan wang, seorang penganggur memecahkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Jalan Salim di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.55 petang, lelaki berusia 35 tahun itu ke ATM berkenaan bersama anak lelakinya berusia sembilan tahun.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, berkata tindakan lelaki itu dilihat pengawal keselamatan di pasar raya terbabit.

"Suspek bertindak agresif dengan menumbuk skrin mesin ATM sehingga rosak sebelum beredar keluar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengawal keselamatan terdengar bunyi kuat dan apabila memeriksa dia ternampak lelaki terbabit memecahkan mesin ATM sebelum menangkapnya.

Dengan bantuan seorang lagi rakannya, pengawal keselamatan terbabit dapat menahan suspek. Suspek kemudian diserahkan kepada anggota Balai Polis Lanang tiba di lokasi selepas menerima maklumat.

Stanley berkata, suspek dikatakan berang selepas kad bank yang digunakan untuk mengeluarkan wang ditelan mesin ATM itu walaupun mendakwa memasukkan nombor PIN yang betul.

"Suspek mahu mengeluarkan wang i-Sinar untuk membeli pakaian anaknya," katanya sambil menambah semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB).

"Suspek ditahan reman mulai hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber: BH Online



from Sehinggit Media News https://ift.tt/39pIlLO
via IFTTT

PKP Di Pulau Pinang, Selangor, KL, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor Dan Sabah Bermula 13 Januari - PM

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui sidang media sebentar tadi telah mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Beliau berkata, PKP ini akan melibatkan tiga peringkat pelaksanaan.

“Pertama, PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

“Kedua, PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

“Ketiga, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut,” katanya lagi.

Tambahnya, negeri-negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh KKM dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum.



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2LpfgYV
via IFTTT

PM Umum PKP Bersasar Bermula 13 Januari Ini..

PUTRAJAYA - Kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar bermula 13 Januari 2021 (Rabu) untuk mengatasi lonjakan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengisytiharan tersebut dalam perutusan khas sebentar tadi.

Keputusan itu dibuat susulan kes harian positif Covid-19 di negara ini kekal empat angka direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk rekod, PKP pertama kali diumumkan oleh perdana menteri pada 16 Mac tahun lepas dan diwartakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Pelaksanaan PKP bermula 18 Mac hingga 4 Mei itu menyaksikan hampir kesemua sektor dan industri penting negara ditutup, dan negara kehilangan hampir RM22.8 bilion dari segi output ekonomi pada suku pertama 2020

Sumber: Sinar Harian



from Sehinggit Media News https://ift.tt/38xL4DJ
via IFTTT

"Harap Suatu Hari Nanti, Ebit Lew Ada Hospital Sendiri.." – Fedtri Yahya

Nama Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ustaz Ebit Lew memang tidak asing lagi sebagai seorang dermawan yang sering membantu golongan memerlukan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.

Beliau juga seorang usahawan yang memiliki pasar raya sendiri di bawah nama Elewsmart dengan memiliki banyak cawangan di sekitar Lembah Klang.

Baru-baru ini, pendakwah popular itu memuat naik sebuah posting berkongsi tentang pembukaan cawangan pasar raya tersebut di Danau Kota.

“Pohon doakan yer. Esok pembukaan @elewsmart Danau Kota. Jumpa esok yer. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan setelah pelbagai bentuk bantuan diberi kepada golongan susah.

Dalam pada itu, personaliti televisyen Fedtri Yahya turut meninggalkan komen pada posting berkenaan terbabit. Dia meluahkan harapan agar suatu hari nanti Ebit dapat membuka hospital sendiri pula.

Harap suatu hari nanti ada hospital sendiri




Bagi warganet, mereka menyifatkan Ebit adalah ‘hero’ apabila sering menjadi individu terawal tampil menghulurkan bantuan sekiranya terdapat kisah golongan daif yang menjadi tular di media sosial.

Sumber: Instagram Ebit Lew via https://ohmymedia.cc



from Sehinggit Media News https://ift.tt/35sUs9W
via IFTTT

Sunday, 10 January 2021

COVID-19: Jangkitan Baharu Empat Angka Setiap Hari, PM Dijangka Umum PKP 2.0, Petang Ini

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman penting petang ini susulan kenaikan kes mendadak COVID-19 yang mencatat empat angka setiap hari.

Pada 8 Januari lepas, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengumuman oleh perdana menteri itu adalah bagi memaklumkan tindakan yang bakal diambil Kerajaan Persekutuan susulan situasi semasa penularan jangkitan COVID-19.

"Insya-Allah satu pengumuman akan dibuat oleh perdana menteri dalam masa terdekat bagi memaklumkan tindakan yang akan dilaksanakan.

“Sementara itu, saya ingin ingatkan seluruh rakyat dan diri sendiri untuk terus mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan,” katanya pada sidang media tersebut.

Pemerhati menjangkakan perdana menteri akan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0, khusus bagi negeri yang dikategorikan sebagai zon merah seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, dan Johor.

Untuk rekod, jangkitan baharu harian COVID-19 pada 10 Januari ialah sebanyak 2,433 kes, dengan kes harian tertinggi dicatatkan sepanjang masa sejak PKP dilaksanakan ialah pada 7 Januari lepas, iaitu sebanyak 3,027 kes.

Jumlah kematian yang tercatat ialah sebanyak 551 kes, bersamaan dengan 0.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 iaitu sebanyak 135,992 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 27,332 kes.

Bagaimanapun, kadar sembuh sepenuhnya terus menunjukkan angka yang meyakinkan iaitu sekitar 75 hingga 85 peratus dengan jumlah terkini sembuh sepenuhnya ialah 108,109 kes (79.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menzahirkan kebimbangan ekoran peningkatan mendadak kes COVID-19 yang dikhuatiri memberi tekanan lebih berat terhadap sistem penjagaan kesihatan negara ini.

Dalam catatan di akaun Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata beliau mengharapkan agar masyarakat dan semua pihak untuk membantu para petugas barisan hadapan, khususnya dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam usaha meminimakan kesan gelombang ketiga pandemik itu.

“Bukan mudah untuk petugas menguruskan jenazah pesakit COVID-19. Mereka terpaksa memakai PPE lengkap dengan bermandi peluh dalam keadaan panas terik sehingga liang lahad dan sehingga selesai segala urusan pengebumian kes COVID-19.

“Semoga kita semua memahami cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh setiap petugas barisan hadapan.

"Marilah bantu negara dengan kita jaga kita, kita jaga keluarga kita.

"Semoga kita semua terlindung daripada musibah COVID-19,” katanya lagi.

Pada 7 Januari lepas, Dr Noor Hisham melalui ciapan di Twitternya berkata KKM menganggarkan jumlah kes harian COVID-19 boleh mencecah 8,000 pada pertengahan Mac jika kadar jangkitan (R0 atau R naught) kekal pada 1.2.

Beliau berkata menurut unjuran kementerian, dengan R0 1.2, Malaysia akan merekodkan 5,000 kes harian pada minggu ketiga Februari dan 8,000 pada minggu ketiga Mac.

Ujarnya lagi, R0 semasa adalah di antara 1.1 dan 1.2, namun beliau menjangkakan jumlah kes akan meningkat dalam satu atau dua minggu selepas perayaan tahun baharu.

Susulan kenyataan itu, Menteri Kanan Ismail Sabri memaklumkan jumlah katil bagi menempatkan pesakit COVID-19 tidak akan mencukupi sekiranya kes harian mencecah 5,000 atau 8,000, dan amat sukar untuk kerajaan mengatasi masalah berkenaan.

Untuk rekod, PKP pertama kali diumumkan oleh perdana menteri pada 16 Mac tahun lepas dan diwartakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Pelaksanaan PKP bermula 18 Mac hingga 4 Mei itu menyaksikan hampir kesemua sektor dan industri penting negara ditutup, dan negara kehilangan hampir RM22.8 bilion dari segi output ekonomi pada suku pertama 2020.

Selain itu, statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 28 Oktober lalu mencatatkan seramai 90,470 orang hilang pekerjaan.

Kerajaan membuat keputusan melonggarkan PKP, dan menggantikannya dengan PKP Bersyarat (PKBB) pada 4 Mei 2020 dan seterusnya PKP fasa Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun 2020.

Bagaimanapun, susulan penularan mendadak kes COVID-19 dalam komuniti tempatan yang didakwa sesetengah pihak berpunca daripada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri Sabah pada September lepas, PKP dilihat kembali menjadi pertimbangan utama Kerajaan Persekutuan.

Sumber: Astro Awani



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2LyF5pf
via IFTTT

Rina Harun Menteri Ketiga Disahkan Positif Covid-19


SHAH ALAM - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun merupakan menteri ketiga positif Covid-19.

Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh pejabatnya pada Isnin, Rina disahkan positif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan malam Ahad.

“Beliau menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam (Ahad),” katanya.


Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media News https://ift.tt/3ozOlrJ
via IFTTT

Reen Rahim Dedah Ditawar RM32,000 & Rumah Banglo Puaskan Nafsu VIP

Sudah hampir lapan tahun berada dalam industri hiburan tanah air, pelakon Reen Rahim berkata dia semakin kebal dan sudah lali dengan kecaman netizen kerana berpakaian seksi dan mencolok mata.

Meskipun tidak terpalit dengan kontroversi bercinta dengan suami orang apatah merampas kebahagiaan orang lain, namun Reen mendedahkan dia ditawar hidup mewah untuk dijadikan sebagai perempuan simpanan.

Reen berkata ditawar sebanyak RM32,000 serta sebuah banglo di atas namanya sendiri jika bersetuju untuk memuaskan nafsu golongan VIP. Lebih menjijikkan tawaran tersebut diterima ketika bulan puasa tahun lalu.

“Ingatkan perkara ini tamat sampai situ, tapi masih berlarutan. Baru-baru ini, saya menerima satu tawaran untuk melayani golongan VIP yang ingin menawarkan wang tunai berjumlah RM32,000 dengan hanya melayan nafsu serakahnya selama tiga jam.

“Gila bukan? Bukan wang ringgit sahaja, saya turut ditawarkan sebuah rumah banglo di atas nama sendiri jika menerima tawaran tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Reen berkata imannya masih kuat dan Tuhan masih menjaga hatinya. Ujarnya, dia belum terdesak dan masih waras lagi dalam membezakan baik buruk.

Bagaimanapun, Reen akui mungkin ada yang berani membuat tawaran sedemikian kerana sikapnya yang sering berpakaian seksi yang tidak seiring dengan watak lakonan dibawa.

“Saya adalah saya. Saya tidak pernah salahkan sesiapa dalam apa jua yang berlaku. Saya hidup pun bukan kerana nak puaskan hati orang lain,” katanya.

Sumber: Kosmo Online via Rotikaya



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3bkNEPo
via IFTTT

Penyelam Terkejut Lihat Serpihan Pesawat Hancur Berkeping-Keping Di Dasar Laut

Muncung pesawat, badan pesawat berwarna biru merah, serpihan tayar sehingga ke bahagian ekor Sriwijaya Air SJ 182 dijumpai dalam keadaan hancur berkeping-keping, menurut penyelam yang terlibat di dalam usaha mencari dan menyelamat.

Penyelam yang menjumpai pesawat Sriwijaya Air SJ 182 itu menceritakan ‘pemandangan’ tragis yang dilihat oleh mereka di dasar laut.

Anggota pasukan penyelam Kopaska Tentera Laut Indonesia, Jeneral Marin Edi Tirtayasa berkata, mereka menjumpai serpihan pesawat Sriwijaya Air SJ 182 di lokasi menyelam di sekitar Perairan Kepulauan Seribu, Jakarta.

Semasa menyelam, Edi melihat serpihan pesawat kecil yang dikatakan hancur berceai secara total.

”Di dalam laut ada serpihan pesawat. Pesawat hancur total,” kata Edi yang ditemui di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta pada Ahad.

Pasukan penyelamat turut dilihat beberapa kali mengangkut potongan bahagian pesawat Sriwijaya Air.

Dalam kejadian pada Sabtu, pesawat malang yang membawa 62 orang penumpang terdiri daripada 12 kru dan 50 penumpang dewasa termasuk tujuh kanak-anak dan tiga bayi dilaporkan terhempas di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu.

Pesawat terbabit dijadualkan menuju ke bandar Pontianak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta yang membabitkan perjalanan selama kira-kira 90 minit melintasi Laut Jawa.

Namun, kira-kira empat minit berlepas pesawat terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur.

Sumber: Tribun News via Siakapkeli



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3btvM4O
via IFTTT

Satu Malaysia Kena Tipu? Lelaki Ini Bongkar Rahsia Dybbuk Box Sebenarnya Tak Pernah Wujud

Beli Dybbuk Box Di eBay Dapat ‘Pakej Hantu’, Princemeed diganggu

YouTuber yang terkenal dengan video-video belian barangan aneh dan pelik di internet dengan akaun YouTube bernama ‘PrinceMeed LIVE!’ dikatakan diganggu entiti mi-stik berasal dari kotak berhantu yang dibelinya.

Kotak berh4ntu, Dybbuk Box yang dibelinya di eBay pada tahun 2019 berisi dengan benda pelik seperti telur berwarna hitam yang didalamnya terdapat rambut dan kotak kecil yang usang.

Menurut Princemeed, sejak dia membeli kotak misteri tersebut pada bulan September 2019, dia mula diganggu dan beberapa ahli keluarganya ja4tuh s4kit secara tiba-tiba.

Dalam videonya, dia menceritakan pengalamannya dig4nggu seperti bunyi-bunyi yang aneh dan patung-patungnya yang disusun di atas almari jatuh secara tiba-tiba.

Ekoran kejadian tersebut, Princemeed bertindak membuang kotak berh4ntu berkenaan di sebuah kawasan hutan di Karak untuk mengelakkan dirinya dari dig4nggu oleh entiti mis-teri itu lagi.

Namun, setelah setahun berlalu, Princemeed masih lagi diganggu dengan entiti mistik tersebut walaupun kotak itu telah dibuang.

Dia yang tidak tahan diganggu mula mencari bantuan daripada beberapa ustaz untuk mengusir entiti tersebut.

Pada 13 Disember 2020, Princemeed memuat naik video dia meminta pertolongan daripada seorang ustaz, Ustaz Shafie, bagi mengesan keberadaan entiti mistik di rumahnya.

Menerusi klip video berkenaan, setelah Ustaz Shafie memandang ke arah satu sudut rumah tersebut, dia memberi reaksi muka dan menitiskan air mata seolah-olah dia mengesan ada sesuatu yang tidak kena di dalam rumah itu.

Sangat misteri!

Menurut Princemeed, Ustaz Shafie menitiskan air mata ketika melihat sudut berkenaan. Sumber : Youtube Princemeed

Terbaru, seorang ustaz dari Pusat Rawatan Al-Idrus, Ustaz Shafiq, berkunjung ke rumah Princemeed bagi menjalankan prosedur mengusir entiti yang menghantui hidup Princemeed secara perubatan islam.

Dalam video rakaman di Facebook Pusat Rawatan Al-Idrus, Ustaz Shafiq meminta bantuan salah seorang anak muridnya, Abu, sebagai perantara untuk berhubung dengan jin yang mengganggu Princemeed.

Ustaz Shafiq menyatakan memang benar bahawa entiti daripada kotak berhantu, Dybbuk Box, yang mengganggu Princemeed!

Setelah beberapa jam berlalu, berakhirlah episod perubatan secara Islam tersebut dan rumah Princemeed di’cuci’ bagi mengelakkan perkara itu berulang.

Satu Malaysia Kena Tipu : Dybbuk Box Sebenarnya Tak Pernah Wujud

Kecoh baru-baru ini apabila seorang YouTuber Malaysia mendakwa telah dig4nggu entiti setelah membuka Dybbuk Box yang dibeli olehnya menerusi laman jual beli dalam talian eBay. Video yang nampak meyakinkan itu dikuatkan lagi penampilan individu dan kanak-kanak yang menguatkan dakwaan g4ngguan yang dialami olehnya.

Berhubung dengan video tular tersebut, maka ramai netizen dan YouTuber Malaysia tidak mahu ketinggalan mengulas dan beradu pengetahuan dalam perkara ini. Masing-masing mengeluarkan cerita dan ‘kajian’ masing-masing bagi menyokong cerita Dybbuk Box ini.

Tambah melucukan, ada juga video yang mengatakan dengan penuh keyakinan, beberapa siri kem4langan yang menimpa artis luar negara adalah berpu-nca daripada semangat Dibbuk daripada Dybbuk Box yang dibuka semasa merakam sebuah rakaman rancangan realiti televisyen. Satu analisis yang panjang lebar, tapi sayangnya seolah lebih t4kut h4ntu daripada tuhan.

Lain pula ceritanya apabila tular lagi sebuah hantaran dan beberapa siri ciapan di Twitter oleh individu yang mendakwa dirinya adalah pencipta asal Dybbuk Box. Dybbuk Box sebenarnya hanyalah sebuah kotak kayu yang digunakan untuk menyimpan w4in. Penciptanya, Kevin Mannis, seorang Y4hudi, mendakwa segala cerita dan latar belakang Dybbuk Box adalah 100% cerita rekaannya semata-mata.

Diruangan komen dapat dilihat respon dari netizen. Ada yang percaya dan ada yang mengatakan PrinceMeed cuma sekadar nak perhatian dan view kepada content youtube nya sahaja. Apapun makhluk ghaib memang wujud kita tak boleh nak nafikan, tapi apa yang berlaku kepada youtuber tersebut hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu kebenarannya.



Sumber  :  https://ift.tt/35xeRt7



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3sbExqc
via IFTTT

Belanja Duit "Terpijak" Gara-Gara Bank Tersalah Masuk Nombor Akaun, Pasangan Ini Akhirnya Diheret Ke Mahkamah

Pernahkah anda bermimpi memiliki duit banyak dalam sekelip mata? Mungkin jika tiba-tiba anda buka dan tengok acc bank tetiba ada sejumlah besar duit yang dimasukkan dalam acc anda semestinya anda juga akan menjadi gelap mata sekejap.

Mungkin itu yang berlaku kepada sepasang suami isteri apabila sejumlah besar duit dimasukkan secara tidak sengaja ke akaun milik mereka.Namun silap mereka adalah mereka tidak memaklumkan kepada pihak bank tetapi menggunakan hampir kesemua jumlah duit yang dianggarkan bernilai RM208,329 dan seterusnya tindakan itu memakan diri apabila mereka kini didakwa dengan 60 pertuduhan salah guna wang.

Pemandu lori, Nor Hasni Edirin Hasan, 41, mengaku bersalah, manakala isterinya, Siti Hajar Hasan Basri, 36, membuat pe­ngakuan sebaliknya di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Majistret Butterworth di sini, Foon Char Peng.

Mereka didakwa secara bersama melakukan salah guna wang berjumlah lebih RM191,312.70 milik Mandy Corporation Sdn. Bhd. pada Julai dan Ogos tahun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa buah bank di daerah Seberang Perai Utara di antara 4 Julai hingga 11 Ogos 2020 bagi kesemua 60 pertuduhan.

Pasangan yang mempunyai seorang cahaya mata itu didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Sksyen 403 Kanun Kes3ksaan iaitu menyalahgunakan harta secara cur4ng yang memperuntukkan hukvman penj4ra enam bulan hingga lima tahu, seb4tan dan d3nda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norliza Ab. Aziz dan Asma’ ‘Amira Shahidan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan yang keseluruhannya berjumlah RM360,000 bagi kedua-duanya.

Pasangan itu dihantar ke P3njara Reman Pulau Pinang di George Town selepas gagal membayar jaminan.

Kes disebut semula pada 2 Februari depan.

Mengikut fakta kes, wang tersebut telah didepositkan pada 2 Julai 2020 oleh satu cawangan bank tempatan melalui cek kepada akaun Siti Hajar kerana kesilapan pada salah satu digit nombor akaun.

Wang itu sepatutnya didepositkan ke dalam satu akaun sebuah syarikat.

Difahamkan, wang itu digunakan untuk menyelesaikan hutang rumah teres setingkat milik mereka di Port Dickson, Negeri Sembilan, manakala bakinya di­belanjakan bagi perkara lain.

Pihak bank hanya mengetahui wang itu tersalah masuk ke dalam akaun tertuduh pada 11 Ogos 2020 lalu menghubungi mereka, namun tidak mendapat kerjasama sebelum membuat laporan polis.

Berikut adalah respon dari netizen.



Sumber: Kosmo Online via ohmypress.com



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2LGBjuc
via IFTTT

Saturday, 9 January 2021

'Kamu Ni Bangla, Jangan Kurang Ajar!' - Tak Nak Bayar Servis Car Wash, Lelaki Maki Pekerja Asing

Umum tahu rata-rata pekerja tempat mencuci kereta adalah warga asing yang datang ke negara ini untuk mencari rezeki. Mereka sanggup melakukan kerja-kerja yang tidak popular dan pendapatan itu digunakan untuk menyara keluarga yang masih berada di kampung. 

Tetapi ada sesetengah masyarakat kita yang memandang rendah dan memperlekehkan mereka seolah-olah warga asing ini tersangatlah hina dan selayaknya diperlakukan sebegitu. 

Seperti yang dikongsikan oleh Abdullah Bukhari Abdul Rahim, beliau sendiri menyaksikan bagaimana seorang bapa kepada tiga anak dengan angkuhnya memarahi pekerja car wash yang didakwa tidak menurut arahannya serta enggan membayar perkhidmatan yang telah diberi. 

AHAD lepas, 3 Januari 2021, saya bersama dua anak pergi basuh kereta di car wash bekas murid dewasa saya di Selayang Segar.

Ketika kereta hampir siap, ada seorang pelanggan muda bising-bising tak mahu bayar harga kereta yang dibasuh. Umurnya dalam lingkungan awal 30-an bersama tiga anaknya yang masih kecil. 

Orangnya nampak kurang adab kerana semasa menunggu, dia berterusan menghisap vape tanpa mempedulikan anak-anaknya yang kecil dan pelanggan lain. Antara dialognya yang saya masih ingat: 

"Kamu ni Bangla! Jangan kurang ajar! Lain aku suruh, lain kau buat! Aku suruh basuh luar sahaja, kenapa kamu cuci dalam sekali? Aku hantar kau balik Bangla baru tahu!" 

Pekerja Bangla cuba membela diri dan bercakap elok-elok dengan menyatakan mereka sudah menjelaskan kepada pelanggan tentang basuhan luar dan dalam. Apa jawapannya sambil menunjukkan tapak kakinya kepada pekerja Bangla?: 

"Kau nampak kaki aku ni? Nak makan kaki? Aku tak peduli! Aku tak mahu bayar! Kau kurang ajar! Panggil siapa boss kau? Oh, kau besar kepala ye mentang-mentang ada orang jaga kau! Aku tak mahu bayar! Panggil boss kau sekarang!" 

Saya tak tunggu lama, selepas selesai kereta saya dicuci, saya terus balik. Di rumah saya terfikir cara nak membantu pekerja Bangla itu daripada terus dianiaya. 

Boss mereka (bekas murid saya) pernah menceritakan bagaimana mereka selalu dibuli pelanggan yang nakal dan jahat. Ada yang mendakwa duit ratusan ringgit yang disimpan dalam kereta habis dikebas pekerja Bangla, lalu mereka diugut dengan senjata agar membayar. Akibatnya, pekerja Bangla ini terpaksa membayar kerana bimbang diugut samseng dan sebagainya. 

Semalam, 6 Januari 2021, saya singgah lagi di kedai ini untuk membasuh kereta dan mencadangkan agar boss mereka menyediakan borang khas (lampiran gambar) untuk semua pelanggan agar para pekerja Banglanya tidak lagi dianiaya. 

Pagi ini, boss mereka menghubungi saya dan menceritakan kesudahan kisah si pelanggan tempoh hari. Bila boss mereka datang berunding, si pelanggan tetap enggan membayar (RM7 sahaja) dan enggan beredar. Apa tuntutannya? 

"Dia mahu pekerja Bangla yang didakwa biadab itu sujud dan minta maaf!" 

Inna Lillah! Betapa angkuhnya pelanggan ini. Akhirnya boss mereka terpaksa memanggil polis untuk menghalau si pelanggan. Dia beredar tanpa membayar satu sen pun. 

Semoga Allah memberi hidayah kepada si pelanggan yang angkuh dan bantu para pekerja Bangla yang datang bekerja mencari rezeki halal di negara kita. 

Sumber: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim via The Reporter



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3ovNgkP
via IFTTT

(Video) "Duit i-Sinar Kami Dahulukan Untuk Mak," Enam Beradik Buat ‘Surprise’ Beli Gelang Emas Besar Untuk Ibu

Seperti yang diketahui, kebanyakan rakyat Malaysia pada ketika ini sudah boleh mengeluarkan wang dari i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Masing-masing pasti mempunyai perancangan yang tersendiri untuk membelanjakan wang tersebut.

Namun, berbeza pula dengan adik-beradik ini yang mendahulukan ibu mereka dalam membelanjakan wang tersebut.

Menerusi siri video dimuatnaik oleh Norsilawati Mohamad di TikTok, dia dan adik beradiknya yang lain berpakat membuat surprise untuk ibu mereka.

@anggun_juwita

I Sinar dahulukan untuk mak . Tak sangka mak menangis 😭 #isinar #isinarkwsp #isinar10k #fyp

♬ original sound - Me

Dengan menggunakan duit i-Sinar, mereka membeli seutas gelang emas sebagai hadiah kepada ibu mereka.

Momen ketika ibunya terkejut melihat gelang itu sambil menangis terharu menarik perhatian ramai.

Mak yang tunggu kami pergi kerja seawal subuh kat beranda rumah

@anggun_juwita

Tangisan mak adalah kebahagian kami adik beradik 😭❤️ @#isinar10k #isinarkwsp #fyp #bisnesonline

♬ original sound - Norsilawati Mohamad

Menurut Norsilawati, surprise itu adalah sebagai tanda penghargaan buat ibu mereka yang sentiasa memberi semangat buat mereka yang bekerja sejak dahulu lagi.

@anggun_juwita

senyuman mak kebahagian kami.. #bisnesonline #fyp #isinarkwsp #isinar10k #isinar

♬ original sound - Norsilawati Mohamad

Dalam ruangan komen, ramai yang tersentuh dengan video tersebut dan memuji Nosilawati dan adik-beradiknya yang lain kerana mendahulukan ibu mereka.


Sumber: TikTok Norsilawati Mohamad via Siakapkeli.my



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2MH7z0u
via IFTTT

Saturday, 2 January 2021

Sopan Sangat. Nenek 90 Tahun Bercakap Dengan Dialek Istimewa. Tetapi Lain Pula Yang Dipuji.

Meskipun masyarakat Melayu kaya dengan bahasa serta dialek yang cukup unik mengikut faktor geografi, namun kebanyakan generasi muda masa kini lebih gemar ‘merojakkan’ bahasa. Budaya tersebut agak normal memandangkan kini sudah menjadi bahasa pertuturan harian. Namun sedarkah anda bahawa percampuran Bahasa Melayu dan Inggeris sebenarnya meletakkan identiti bangsa kita di hujung tanduk? Malahan saban hari, penghargaan masyarakat terhadap Bahasa Melayu semakin meniipis.

Dialek Melayu Pattani tanpa pengaruh bahasa Thailand

Namun melalui sebuah perkongsian yang dibuat oleh pengguna Twiitter nazirshahmhd, seorang warga emas menjadi perhatian kerana masih menuturkan dialek yang semakin ditelan zaman. Menuturkan dialek Melayu Patani dengan lancar, nenek yang bertudung putih berkenaan sempat menceritakan serba sedikit mengenai kehidupannya pada zaman penjaajahan Jepun.

Umur 90 tahun tapi nampak sangat ayu

Selain tertarik dengan keunikan bahasa asli berkenaan, nampaknya netizen mula menyedari kecantikan awet muda yang dimiliki oleh warga emas ini. Walaupun umurnya sudah 92 tahun, namun dia masih kelihatan sihat tubuh badan dan mampu memberikan senyuman manis sewaktu berkongsikan cerita hidupnya.


Mesti masa muda dia lawa kan?

Ketika warga emas lain mungkin sudah nampak lebih tua kerana semakin dimamah usia, namun netizen pula menyifatkan hakikat sebaliknya setelah melihat Mok Kak Ngoh. Ada juga yang berpendapat bahawa dia sebenarnya seorang rupawan ketika muda dahulu. Tidak ketinggalan, mereka sempat membandingkan nenek ini dengan diri mereka.



Sumber : Twiitter Munshi dan Zhafri



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2X1rQzQ
via IFTTT

Sejuta Vaksin COVID-19 Akan Mula Diagih Dan Disuntik Bulan Depan

Vaksin Covid-19 fasa pertama akan mula diagih dan disuntik kepada kira-kira satu juta rakyat negara ini bermula bulan depan, lapor Harian Metro

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, vaksin Covid-19 bagi fasa pertama berkenaan akan diberikan kepada barisan hadapan negara terlebih dahulu.

Katanya, ia diikuti golongan rentan (mudah mendapat penyakit) dan pesakit kronik termasuk buah pinggang, sakit jantung, paru-paru dan diabetes.

"Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19 negara akan bermula bulan depan dengan sejuta vaksin dari Pfizer-BioTecNTech akan diagih dan disuntik bagi fasa pertama.

"Ia kemudian diikuti fasa seterusnya sebanyak 6.2 juta vaksin pada April dan Mei. Kerajaan akan beri vaksin secara percuma kepada semua rakyat untuk sasaran 80 peratus penduduk atau bersamaan 26 juta individu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Bahagian Tenggara 2020 di Bandar Tenggara, di sini, hari ini.

Khamis lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan akan memastikan bekalan vaksin yang berkesan, selamat dan mencukupi untuk sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat negara ini.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, vaksin itu juga akan diberi secara percuma kepada rakyat melalui tiga fasa imunisasi dikendalikan Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19 yang akan bermula bulan depan juga dijangka akan membantu negara untuk pulih seterusnya memutuskan rantaian Covid-19.

Sumber: Harian Metro



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3n5A98w
via IFTTT