Wednesday 20 December 2017

Harga RON95, RON97 Naik 2 Sen, Diesel Naik 3 Sen Minggu Ini


Harga petrol dan diesel pada minggu ini dilihat mengalami kenaikan berbanding dengan minggu lepas.

KPDNKK menerusi Facebook mereka mengumumkan harga terbaru bahan bakar itu yang mana ketiga-tiga mereka mempamerkan sedikit kenaikan.

RON 95 dan RON 97 melihat kenaikan sebanyak 2 sen minggu ini manakala Diesel pula mengalami kenaikan sebanyak 3 sen.

Berikut adalah harga runcit petrol dan diesel bermula tengah malam ini sehingga minggu hadapan.

Bagi RON95: RM 2.27 
Bagi RON97: RM 2.54 
Bagi Diesel: RM 2.23


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2B75gsZ
via IFTTT