Sunday, 1 March 2020

Lebih 1 Juta Wanita Selangor 30 Tahun Ke Atas Masih Bujang


PERUBAHAN sosial, tekanan pekerjaan dan ekonomi yang stabil untuk hidup bersendiri menyebabkan trend kahwin lewat terutamanya di bandar-bandar besar Malaysia semakin meruncing.

Trend bujang senja ibu kota paling menakutkan apabila berdasarkan rekod bancian tahun 2010, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mempunyai bilangan atau peratusan lelaki dan wanita berusia 30 tahun ke atas belum berkahwin paling tinggi.

Lebih mengejutkan berdasarkan kajian Peratusan dan Bilangan Individu Bujang (dalam kalangan 30 tahun ke atas), Selangor merekodkan jumlah tertinggi wanita bujang apabila angkanya melebih 1,014,327 orang orang. Ia diikuti wanita bujang di Johor seramai 636,537 orang.


Bagaimanapun dari segi peratusan jumlah penduduk, wanita bujang 30 tahun ke atas lebih tinggi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang apabila masing-masing merekodkan 14.81 peratus dan 12.60 peratus.

Bagi kategori lelaki pula, kaum Adam di Selangor turut mencatatkan jumlah bujang 30 tahun ke atas paling ramai mencecah 148,803 orang diikuti Johor 104,416 orang.

Bagaimanapun dari segi peratusan pula, ia tetap didominasi lelaki kota apabila 18.78 peratus lelaki Kuala Lumpur dan 16.80 peratus lelaki Pulau Pinang belum berumah tangga.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media News https://ift.tt/3ceBvcG
via IFTTT

Pengisytiharan Esok Cuti Umum Adalah Berita Palsu - JPM


PUTRAJAYA: Berita pengisytiharan esok (2 Mac) adalah cuti umum bersempena pelantikan Perdana Menteri kelapan, yang tular hari ini adalah berita palsu.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan ringkas pada Ahad berkata semua pihak diminta berhenti daripada menyebarkan berita palsu tersebut dengan serta-merta.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi tadi.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai perdana menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Sumber: BERNAMA


from Sehinggit Media https://ift.tt/3colK2O
via Merah Hati Cintaku

Muhyiddin Pengkhianat Sebenar - Tun M


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengkhianat sebenar berbanding bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam Pakatan Harapan (PH) berhubung kemelut politik negara sejak minggu lalu.

Dr Mahathir berkata, Azmin mempunyai agendanya tersendiri, manakala pengkhianat sebenar ialah Muhyiddin yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri sehingga bersedia untuk menerima sesiapa sahaja daripada UMNO termasuk pemimpin yang ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) serta pemimpin yang masih berdepan kes perbicaraan di mahkamah.

“Saya fikir Muhyiddin sudah merancang dan berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri dan kerana itulah dia sanggup terima semuanya. Dia pujuk saya untuk tinggalkan DAP kerana katanya orang Melayu percaya bahawa bahawa DAP yang kontrol kerajaan dan bukannya saya, kononnya saya di bawah telunjuk DAP.


“Ini tidak benar, tetapi demikianlah kecekapan Najib (Datuk Seri Najib Razak) sehingga mereka tidak lagi nampak dia bersalah sebaliknya mereka bersedia untuk cium tangan Najib dan akui bahawa dia adalah ‘Bossku’,” katanya selepas pertemuan dengan pimpinan PH di Bangunan Yayasan Albukhary di sini hari ini.

Dr Mahathir turut memaklumkan bahawa Muhyiddin juga memujuknya supaya Bersatu keluar daripada PH namun beliau enggan berbuat demikian kerana mendapat semua sokongan semua pihak termasuk PH dan juga Pas.

“Walaupun ada yang tidak percaya kepada DAP tetapi saya perlu masa untuk kuatkan Bersatu tetapi Bersatu keluar juga, maka hilanglah majoriti dan tidak boleh jadi kerajaan semula.

“Saya cuba berbincang dengan Muhyiddin tapi beliau tetap mahu bekerjasama dengan UMNO. Dia kata politik lebih penting dari prinsip dan boleh bekerjasama dengan semua termasuk yang ada menghadapi tuduhan rasuah,” katanya.

Katanya, PH akan membentangkan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat kelak memandangkan PH mempunyai majoriti berbanding Perikatan Nasional.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/2TlMF6I
via Merah Hati Cintaku

Bagi Isteri, Suami Adalah Segala-galanya. Bila Dah Kahwin Kawan Dia Cuma Suami


Sebenarnya pasangan kita tak perlukan pun hadiah dan kejutan yang hebat-hebat. Apa yang mereka buat untuk keluarga selama ini ikhlas dan penuh rasa kasih sayang. Tapi tak salahkan untuk kita hargai penat lelah pasangan kita.

Setiap hari bangun pagi,
Aku buka lampu, dia tutup aircond.
Aku masuk tandas, dia ironkan baju.
Aku solat subuh, dia sediakan sarapan.
Aku sarapan, dia masuk tandas dan solat subuh.

Masuk kereta,
Aku drive, dia bukakan makanan dan air,
Aku buka bluetooth, dia bukakan lagu,
Aku tengok kanan nak lintas, dia tengokkan kiri,
Aku menguap ngantuk, dia urutkan bahu.


Ada extra gaji,
Aku belikan hadiah utk dia,
Dia dapat job, ajak makan Seoul Garden.
Pergi ambil exam takaful, dia teman.
Pergi jalan TAR cari barang, aku teman.
Aku short duit, dia topup kan.
Aku buat investment, dia execute kan.

Dekat rumah,
Dia masak, aku potongkan bawang.
Aku masakkan maggi, dia buatkan ayam masak lemak.
Aku sapu lantai, dia mop kan lantai,
Aku belikan makanan kucing, dia mandikan kucing.
Aku ambilkan keropok, dia buatkan kopi.
Aku basuhkan baju, dia lipatkan baju.

Bila sakit,
Aku accident motor, dia bersihkan luka.
Dia operate apendiks, aku pimpin tangan ke tandas.
Aku demam, dia sediakan ubat.
Dia demam, aku sediakan kain basah dahi.
Aku sakit kepala, dia bawakan panadol.
Dia sakit gastrik, aku bawakan minyak panas.

Yang sebenarnya, dia boleh je buat semua benda sendiri, but of course bila dah kahwin ada give and take. Teammates macam Keluang Man dengan Tiong Man, Batman dengan Robin, Tom dengan Jerry. To have someone who got your back.

Bukannya dia tak boleh buat semua tu, tahun 2020 ni, Perdana Menteri perempuan pun byk dah ada cuma setelah selesai akad nikah, walaupun suami masih ada tanggungjawab lain-lain, tapi untuk seorang isteri, tanggungjawab kpd suami adalah segala-galanya untuk dia, hidup dia.

Lets just appreciate them and give them more & more setiap hari. Beri masa, perhatian, kasih sayang walaupun dah bertitle pengantin tua/veteran/lama. Because they deserved it, and we owe them that.

Sebab kalau bukan kita, siapa lagi?

Thank you Watiey Abdullah for the love and everything ❤️

Kredit: farhad hassan via https://ift.tt/2ByeaBO


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2TqcTVO
via IFTTT

Tak Dapat Terima Kerjasama Dengan UMNO, Syed Saddiq Sedia Dipecat


PUTRAJAYA: Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedia berdepan apa jua tindakan diambil terhadapnya termasuk pemecatan oleh Presiden parti berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan dirinya masih lagi pemimpin dalam parti berkenaan.

“Saya masuk parti ini kerana saya menentang pemimpin memakan rasuah dan salah guna kuasa dan mahu membersihkan politik negara. Dalam bab ini, sebagai pemimpin muda, kita perlu berani kerana benar dan ia adalah salah satu kata-kata yang sentiasa didedahkan kepada ahli parti ini.

“Saya tidak bersetuju dengan tindakan diambil untuk bekerjasama dengan UMNO secara keseluruhan parti berkenaan yang dipimpin oleh pemimpin rasuah.

“Apabila saya memberikan pendirian ini kerana saya tidak ingin bersekongkol dengan pemimpin rasuah, tindakan diambil terhadap saya.


Namun, biarlah kerana saya percaya dan berpendirian teguh dengan kata-kata berani kerana benar,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri perjumpaan Ketua Bahagian, Srikandi dan ARMADA BERSATU bersama Dr Mahathir diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Syed Saddiq berkata, pendekatan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama dengan UMNO secara keseluruhan tidak dapat diterima.

“Beliau (Muhyiddin) yang juga Perdana Menteri seperti seorang ayah kepada diri saya. Namun, tindakan beliau mengambil ketetapan untuk bekerjasama dengan UMNO dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak dengan kes jenayah terhadapnya sangat tinggi sekali namun masih ingin bekerjasama dengan mereka.

“Disebabkan itu, saya berpendirian untuk tidak bersama dengan mereka kerana perlu ingat kenapa parti ini diasaskan iaitu untuk menentang pemimpin yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.

“Mungkin akan ada tindakan dikenakan tetapi sebagai anak muda, kita mesti menyampaikan mesej yang betul iaitu politik berprinsip, amanah, berintegriti dan bermaruah sekali gus memastikan komuniti kekal bersih serta berprinsip,” katanya.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/38ey2aV
via Merah Hati Cintaku

Maszlee Tolak Kerjasama Dengan Pemimpin UMNO


SIMPANG RENGGAM - Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menzahirkan pendiriannya tidak mahu menghampakan undi rakyat yang telah menyokong Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Maszlee berkata, beliau berpegang teguh kepada perjuangan sebenar iaitu tidak akan bekerjasama dengan bekas rejim kleptokrasi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Ramai yang bertanya di manakah pendirian saya? Di manakah saya selama ini?

"Saya memang mentaati disiplin parti dan bersama presiden parti sehinggalah saat beliau bertolak dan pulang dari Istana Negara semalam. Tetapi, saya buat keputusan kembali kepada para penyokong, rakan-rakan, keluarga, pengundi dan rakan-rakan seperjuangan," katanya dalam satu hantaran di akaun Twitter beliau semalam.


Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, hatinya sangat berat untuk bersama-sama dengan pemimpin UMNO kerana ada dalam kalangan mereka dikaitkan dengan isu penyelewengan dan rasuah termasuk ketika beliau bertugas di Kementerian Pendidikan.

"Saya bertanya kepada diri sendiri, apakah saya bersedia untuk menerima semula mereka dan menjadikan mereka pemimpin negara semula setelah mereka ditolak oleh rakyat dan ada di antara mereka yang sedang menghadapi proses pengadilan?

"Saya dihubungi oleh keluarga, rakan-rakan, para pengundi dari Simpang Renggam dan juga semua para penyokong, meminta jangan khianati pengorbanan dan undi yang telah diberikan sehingga meletakkan saya sebagai wakil di Parlimen,” katanya.

Maszlee mengakui dalam membuat keputusan rumit itu, beliau melakukan istikharah memohon petunjuk daripada ALLAH dan akhirnya kembali kepada para penyokong, rakan-rakan, keluarga, pengundi dan rakan-rakan seperjuangan.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/2PCS5t1
via Merah Hati Cintaku

Maaf, Saya Telah Kecewakan Anda - Syed Saddiq


“MAAFKAN saya kerana mengecewakan anda.”

Itulah kata-kata Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila membalas kicauan di laman Twitter beliau hari ini.

Katanya menerusi entri Twitter tersebut, beliau sudah cuba untuk menghentikan “mereka” namun gagal.

“Saya sudah cuba. Saya benar-benar sudah cuba menghentikan 'mereka'. Maafkan saya, Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihati belia Malaysia untuk berpegang teguh pada prinsip dan memperjuangkan pegangan mereka.


“Sebagai warga belia Malaysia, kita mesti berpegang teguh pada prinsip dan berjuang untuk apa yang kita percaya.

“Apakah maknanya jika kita dikelilingi kuasa, tetapi jiwa kita kosong?” tegasnya.

Pada Sabtu, beliau menyatakan sokongannya kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri kelapan.

Tegasnya, beliau tidak akan sesekali bekerjasama dengan golongan yang terpalit dengan rasuah.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu memberi penekanan bahawa integriti dan maruah perlu diutamakan, bukan kepentingan parti.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2vjv3kg
via Merah Hati Cintaku