Showing posts with label Sehinggit Media. Show all posts
Showing posts with label Sehinggit Media. Show all posts

Friday, 16 July 2021

Caprice Tegur Ebit Lew Isu "Show Off" Misi Bantuan Di Palestin, Akhirnya Kena ‘Block’ Di Instagram


Apa sudah jadi dengan dua tokoh dan idola rakyat Malaysia, personaliti dakwah Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice apabila secara tiba-tiba hubungan mereka menjadi dingin.

Kekusutan antara mereka mula disedari selepas Caprice atau Ariz Ramli, 33, berkongsi mesej panjang lebar yang dihantarnya bagi menegur perilaku Ebit ketika dalam misi kemanusiaan di Gaza baru-baru ini.

Menurut Caprice tindakan Ebit menggunakan kanak-kanak malang di bumi Palestin sebagai bahan kandungan media sosial adalah sesuatu yang tidak wajar.

"Salam ustaz, minta maaf tapi Caprice dah simpan rasa ni dekat satu minggu dah, Caprice rasa kena tegur ustaz depan-depan dulu.

"Ada beberapa pihak yang tak senang tengok gambar-gambar ustaz yang hanya highlight orang dan budak miskin.

"Caprice bagi contoh budak ni kena ambil gambar dua kali terima mainan. Apabila orang Palestin tanya kenapa ustaz yang famous di Malaysia buat macam ni, Caprice pun tak tahu macam mana nak jawab," katanya menerusi mesej yang dipercayai dihantar ke aplikasi WhatsApp Ebit.


Namun dakwa Caprice mesej teguran berkenaan tidak dilayan pendakwah bebas yang terkenal dengan pelbagai misi bantuan itu.

Menerusi siri perkongsian di Instastory, Caprice turut berkongsi foto Ebit bersama seorang kanak-kanak yang diberikan mainan dalam dua sudut yang berbeza.

Difahamkan foto berkenaan menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak di Palestin.

"Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ni, fasal mainan tu kecoh selepas orang Gaza tanya tentang hal berkenaan.

"Budak miskin yang sama terima mainan sama tapi kena pose untuk kamera dua kali.


"Orang Gaza soal kenapa nampak macam photoshoot? Sudah la selama ni mereka tahu ada banyak kes berlaku macam ni," katanya.

Susulan teguran terbuka itu, Caprice turut mendedahkan dia juga sudah disekat daripada mengikuti akaun Instagram Ebit di Instagram.

Caprice berangkat ke Palestin pada 24 Jun lalu bagi menyertai misi bantuan ke Gaza.

Sumber: Mstar Online



from Sehinggit Media https://ift.tt/3xOZEkt
via Merah Hati Cintaku

Thursday, 15 July 2021

Kedekut Dengan Mak Ayah, Hidup Kau Akan Sempit Walaupun Gaji Puluhan Ribu. Percayalah

Ibu bapa adalah orang yang paling ikhlas didalam melunaskan tanggungjawab dan keperluan anak-anak. Tidak pernah mendengar keluhan mereka didalam mebesarkan anak-anak.

Mahu makan apa,insya Allah akan cuba mereka penuhi. Inginkan keperluan sekolah ,in sya Allah akan segera dicari. Namun apabila anak-anak sudah membesar,sudah pandai mencari wang sendiri. Dilupakan pula orang tuanya dikampung yang dulu memenuhi perutmu dengan air susunya.Yang menyuapkan nasi dimulut untuk mu. Yang memenuhi poket-poket anak dengan jajan dan gula. Yang siang malam menangis didalam hati menanggung perit dan kepenatan membesarkan kita.

Adakah patut seorang anak melakukan ini kepada ibu bapa. Ibu bapa dikampung mengkais-kais makanan. Anak-anak dirumah bersama keluarga pula makan bermewah-mewah sehingga membazir makanan. Masihkah kita berkira-kira dengan ibu bapa?? Berikut adalah coretan seorang lelaki iaitu Zakuan Faiz yang boleh membuka mata kita.

SYURGA PALSU UNTUK ORANG BODOH

Aku tidak dapati, doa yang lebih mujarab daripada doa kedua orang tuamu. Khususnya ibu. Aku dapati begitu ramai orang hebat, khasnya para ulama yang mulia, melainkan mereka didoakan ibu mereka secara khusus. Ramai yang tak menyedari anugerah yang begitu hebat ini yang mana mereka adalah pintu-pintu syurga, doa mereka umpama doa nabi-nabi, tapi pada kita, mereka hanyalah tempat untuk kita serahkan baby untuk dijaga. Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita. Betapa celakanya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya.

Alasan mereka, hidup susah, banyak hutang, semua kena kerja, anak takda siapa jaga. Sebenarnya barakah yang sudah hilang. Hinggakan para wanita terpaksa bekerja, keluar dari rumah, melanggar fitrah mereka, bergaul dengan lelaki ajnabi secara bebas, suami mereka menjadi dayus. Ada juga yang bukan terpaksa tapi kerana suka-suka. Sebab nak ada duit supaya boleh shopping baju kasut beg tangan penuh satu rumah. Lelaki menjadi lemah, tidak lagi seperti “Rijal” pada zaman Rasulullah. Cukup seorang untuk beri nafkah, kerana mereka Qana’ah dan Allah limpahkan barakah.

Akhirnya ibu dan bapa yang patut kita jaga sebagai pintu syurga, akhirnya menjadi hamba kepada kita. Bila kita dah mula kaya, anak-anak dah besar, baru terfikir nak balas jasa ibubapa. Tapi waktu itu sudah terlambat, tak ada nikmat dunia lagi yang dapat gembirakan mereka. Bawa melancong, kaki mereka sakit. Bawa makan, mereka perlu berpantang. Bawa ke taman, tak larat berjalan. Yang mereka mahukan ketika itu hanyalah anak mereka sebagai teman.

Tapi demi Allah mereka tak mampu berikan sebab hanya sibuk mengejar kekayaan. Akhirnya syurga mereka pun pergi. Satu-satunya peluang mereka ke syurga secara jalan pintas telah pun tertutup. Waktu itu tiada lagi guna untuk menyesal. Anak-anak yang membesar “dengan orang lain” juga kurang mesra dengan kita, kerana tak pernah diberi perhatian dan kasih sayang selayaknya. Akhirnya anak-anak muda menjadi sampah raver, hipster dan entah apa kejadah lagi. Yang perempuan hilang dara seawal darjah tiga, yang lelaki melayari web lucah seawal tadika. Ibu bapa tak pernah ajar agama. Anak-anak membesar menjadi penderhaka. Memaksa ibubapa derhaka tadi menitiskan air mata.

Kepada yang masih ada ibu dan bapa. Khidmatlah kepada mereka sekarang, selagi mereka masih hidup. Bawalah mereka ke mana mereka mahu pergi. Korban kan dunia mu.. sudah-sudah lah kejar dunia yang tak berkesudahan…. Tak kan kau nak biar mak bapak kau mathi membawa hati yang kecewa…

Sekurang-kurangnya balas lah jasa mereka, buatlah mereka tersenyum, belanja lah mereka makan, bawak mereka berjalan, khidmat mereka walau terpaksa ambil cuti, mintak doa mereka pada setiap perkara, hubungi mereka walaupun tak ada benda nak kata, cukup mereka dengar suara kita dan kita dengar suara mereka. Jangan sia-siakan syurga itu.

Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Waktu khidmat, niatlah untuk sukakan Allah. Saya berani gerenti dengan nama Allah , Allah akan mudahkan semua urusan dunia akhirat kita. Allah akan murahkan rezeki kita. Saya dah alaminya.

Ramai orang kedekut dengan ibubapa sendiri. Tak pernah bawa ibubapa ke restoran mahal walau sekali. Bukan nak tunggu kaya, bukan nak bajet kaya, tapi ia akan buat ibubapa sangat gembira kerana dihargai sangat-sangat. Bawak awek luar nikah ke restoran mahal dia tak rasa apa. Bawak ibubapa, dia kata bazir.

Pengalaman saya sendiri, kalau saya ada masalah kewangan, saya akan belanja mak ayah saya makan tempat mahal, atau saya keluarkan sejumlah wang besar dan terus hadiahkan pada ibu ayah. Kalau ikut logik, harta akan semakin berkurang, dah la tengah gawat.

Tapi tak… Orang munafik yang tak ada iman je akan fikir macam tu. Orang beriman pulak diajar oleh Rasulullah, lagi banyak harta kita keluar untuk Allah, apatah lagi untuk gembirakan ibu bapa, harta kita akan melimpah-limpah digandakan.

Jadi korang rasa, korang sempit kewangan sebab apa?

Sebab korang kedekut. Wallahi korang kedekut. Akui ia. Dan bertaubat kepada Allah. Walaupun korang memang ada keluar sedekah. Tapi akuilah korang memang kedekut. Keluar sedekah sikit pun berkira-kira. Kalau betul korang tak kedekut, pernah tak korang bagi seluruh gaji korang pada mak bapak korang untuk satu bulan? Ekstrim kan?

Mestilah tak pernah! Gila! Nanti nak makan apa!

Ok, kita turun sikit…. Pernah tak masukkan not biru RM 50 dalam tabung masjid? Not biru memang selalu…. Tapi bukan RM50…RM1 je….Tengok tu… Kedekut kan?

Lepas tu mengadu kat Allah, kenapalah aku hidup sempit, ini tak cukup, itu tak cukup . Ni semua mesti salah Najib!

Orang yang berkira-kira dengan Allah , Allah pun akan berkira-kira dengan dia. Ingat ni sampai bila-bila. Kalau nak hidup sempit, berkira-kira lah dengan ibubapa kita . Try it, experience it. Hidup kau konfem akan sempit walaupun laki bini kerja hebat, gaji puluh ribu sebulan tak termasuk OT.

Gembirakanlah ibu bapa mu. Insyaallah Allah pasti akan betulkan segalanya dalam hidupmu. Jangan perhambakan ibubapa mu, diorang dah jaga kau dari kecik, kau jagalah anak kau sendiri. Sampai bila nak hidup menyusahkan mak bapak. Patutnya mudahkan mereka, layan mereka macam raja, permaisuri. Bukan jadikan mereka sebagai bibik.

Yang wanita, jadilah surirumah, didik anakmu sendiri seperti semua srikandi Islam. Tokoh-tokoh agung dunia dalam sejarah Islam semuanya lahir daripada madrasah rumah yang diketuai oleh IBU mereka. Sekarang rumah hanya jadi panggung wayang, untuk tengok cerita Korea dan raja lawak. Hanya jadi restoran, beli meja mahal dan makan sedap-sedap. Jadi pusat karaoke hari-hari layan lagu dari program realiti. Maka yang terhasil dari rumah-rumah zaman sekarang hanyalah sampah masyarakat. Pastu bajet Soleh, bajet solehah, tak boleh ditegur, melenting bagai nak rak.

Di luar sana, memang ramai orang “kaya”. Tapi majoritinya kaya palsu. Rumah besar, kereta mewah , tapi semuanya hutang. Hutang riba pulak tu. Harta mereka hanya kertas dan nombor dalam skrin, yang tiada nilai aset. Dan kehidupan itulah yang kau kejar. Yang penuh tipu daya. Bajet diva, tapi penuh riba. Aku sikit pun tak heran pada mana-mana orang kaya zaman sekarang sebab tahu mereka semua posers, fakers, palsu, cetak rompak.

√ Kehidupan itu yang kau carik? 

√ Hingga tanggungjawab kau abai?

√ Mak bapak kau hambakan?

√ Anak-anak tidak diberi agama?

Allahu…

“Jangan kau terjun ke dalamnya, kerana syurganya dajjal itu hakikatnya adalah neraka.”

Nota: Tulisan ini adalah kata hatiku untuk diriku sendiri. Aku mencela diriku siang dan malam agar aku tidak leka dengan angan-angan dunia yang penuh tipu daya dan menjaga ibubapak ku dengan baik. Merekalah syurgaku. Dan aku rasakan ia mungkin bermanfaat bagi sesetengah orang yang berakal, jadi aku decide untuk share disini. Moga ada manfaatnya.

Sumber: Islam Itu Indah



from Sehinggit Media https://ift.tt/3yYyIPs
via Merah Hati Cintaku

Kes Hon Dan Pukul Pejalan Kaki, 5 Daripada Tujuh Suspek Positif Dadah

Lima daripada tujuh individu termasuk tiga wanita, yang ditahan susulan pergaduhan dekat di Kubang Kerian, Kelantan kelmarin, dikesan positif dadah

Kesemua mereka ditahan polis dalam tangkapan berasingan pada petang semalam dan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata penahanan dibuat di sekitar Kota Bharu, manakala seorang lagi di Pasir Puteh.

"Semua yang ditahan berusia usia 19 hingga 46 tahun. Ujian saringan mendapati lima daripada mereka termasuk tiga wanita, positif dadah jenis Benzo serta Amphetamine.

"Dua daripada mereka pula memiliki rekod lampau bersabit dadah dan jenayah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, turut disita dalam tangkapan itu adalah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang ada kaitan dengan kejadian pergaduhan yang tular sejak kelmarin.

Kelmarin, tular sebuah video berdurasi tiga minit 37 saat yang memaparkan kejadian pertengkaran mulut antara mangsa yang berusia 30 tahun dengan beberapa individu sebelum berlaku pergaduhan dan mangsa dibelasah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian 



from Sehinggit Media https://ift.tt/2U4Kzgd
via Merah Hati Cintaku

Nenek 87 Tahun Gigih Jual Sayur Di Kaki Lima Demi Sesuap Nasi, TENGOK Apa Lelaki Ini Buat..

Boleh diibaratkan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Itulah nasib seorang warga emas berusia 87 tahun yang terpaksa menjual sayur-sayuran di kaki lima Pasar Siti Khatijah, Kota Bharu demi mencari sesuap nasi.

Kisah warga emas berkenaan tular di media sosial selepas videonya sedang menunggu pelanggan dirakam oleh seorang netizen bernama Hanif Asyraf sebelum dimuat naik ke akaun Tik Tok miliknya.

Menurut Hanif, warga emas yang buta sebelah mata itu tinggal bersendirian di Kampung Selinsing, Pasir Puteh dan datang berniaga di Kota Bharu dengan menaiki teksi.

Apa yang mengharukan apabila warga emas itu memberitahu dia terpaksa menjual sayur untuk mendapatkan wang bagi membeli makanan.

Simpati dengan nasib warga emas berkenaan, Hanif pun bertanya jika ada apa-apa yang diperlukan oleh warga emas tersebut.

Bagaimanapun, warga emas itu hanya meminta RM5 sahaja untuk membeli beras serta nasi goreng sebagai makanan untuk mengalas perutnya yang lapar.

Tanpa berlengah, Hanif terus membelikan dan menyedahkan beras serta makanan untuknya.

Jelas, terpancar senyuman kegembiraan di wajahnya sebaik sahaja menerima pemberian pemuda berhati mulia itu.

Di akhir video, warga emas tersebut menyedekahkan barang jualannya sebagai tanda terima kasih buat Hanif.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak tatkala video tersebut.




Sumber: https://ift.tt/2TP95R3



from Sehinggit Media https://ift.tt/3rioKpt
via Merah Hati Cintaku

Wednesday, 14 July 2021

"Suami Menangis Depan Saya, Dia Takut Ditinggalkan" - Saya Mohon Kerajaan Untuk Laksanakan 'Total Lockdown'


Lapor Harian Metro, Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam gagal menahan air mata ketika berkongsi detik paling mencemaskan sewaktu suaminya, Datuk Norazam Sulaiman secara tiba-tiba sesak nafas dan dikejarkan ke hospital, semalam.

Rebecca pada sesi siaran langsung di Instagram berkata, apa yang paling menyedihkan adalah ketika menghubungi lebih 20 hospital ibu kota dan Selangor tiada satu pun mahu menerima suaminya yang memerlukan bantuan oksigen dengan segera susulan kepadatan pesakit positif Covid-19. 

"Saya terpaksa tinggalkan kesemua anak-anak yang positif Covid-19 buat sementara waktu kerana perlu menemani suami yang dalam keadaan kritikal semalam. Sebaik tiba di sebuah hospital swasta, kami diberitahu perlu menunggu giliran kerana jumlah pesakit yang ramai dan padat. 

"Percaya atau tidak, saya dan suami perlu menunggu hampir dua jam di tepi jalan di dalam ambulans. Saya juga akui ada satu kedegilan apabila seboleh mungkin tidak mahu membawa suami ke hospital kerajaan atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang kerana saya amat takut jika keadaan suami akan bertambah teruk selepas melihatkan situasi di hospital swasta yang  cukup menakutkan.  

"Sementara menunggu giliran untuk suami saya menerima rawatan di hospital itu, saya teringat ada sahabat memberitahu terdapat hotel di ibu negara yang menjadi Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) kendalian klinik swasta. Jadi saya terus membawa suami untuk mendapat alat bantuan oksigen kerana keadaannya sangat kritikal. Alhamdulillah, suami saya akhirnya menerima bantuan oksigen namun doktor memaklumkan dia kini berada di tahap 4 Covid-19," katanya. 

Menurut Rebecca, suaminya kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di sini selepas menerima panggilan sekitar jam 10.30 malam, semalam. 

"Ketika mendapat panggilan telefon pusat perubatan di sini yang memaklumkan seorang pesakit Covid-19 dibenarkan pulang selepas keadaanya stabil, saya terus membawa suami ke hospital berkenaan. 

"Ketika berada di wad kecemasan hospital terbabit, saya sangat sedih apabila melihat suami saya buat pertama kali menangis di depan saya. Dia beritahu dia tak sanggup dan minta jangan tinggalkannya. 

"Berkali-kali dia cakap yang dia takut dan mohon saya berada di sampingnya. Namun saya diberitahu yang saya tidak boleh menemani suami di hospital kerana dia akan ditempatkan di wad yang lebih ketat kerana keadaannya yang sudah berada di tahap 4 ke 5. 

"Selepas selesaikan urusan suami, saya tiba di rumah sekitar 5 pagi tadi. Alhamdulillah setakat hari ini anak-anak semua tidak demam cuma dua pembantu saya kini perlu dibawa ke hospital," katanya. 

Tambah Rebecca, selepas menjalani ujian saringan Covid-19 dia mengambil keputusan untuk menjalani kuarintin di rumah berbanding ke pusat kuarintin susulan jumlah pesakit Covid-19 yang semakin ramai dan keadaan pusat kuarintin yang padat. 

"Selepas saya, suami, kesemua anak-anak dan pembantu rumah disahkan positif Covid-19, kami bersepakat untuk menjalani kuarintin di rumah. Saya agak takut untuk membawa anak-anak dan pembantu ke pusat kuarintin kerana setahu saya keadaan di sana sangat padat. 

"Justeru saya mohon kepada kerajaan untuk rasalah apa yang rakyat hadapi sekarang. 'Total lockdown' kena dilaksanakan. Sesungguhnya penyakit ini sangat bahaya dan jahat. Kalau tidak semakin ramai yang akan mati, jatuh sakit serta kehilangan insan tersayang," katanya.

Sebelum ini, Rebecca berkongsi berita mengenai keluarganya termasuk tiga pembantu rumah disahkan positif Covid-19, pada 8 Julai lalu.

Sumber: Harian Metro



from Sehinggit Media https://ift.tt/3i7bq3c
via Merah Hati Cintaku

Tuesday, 13 July 2021

Kes Dera Adik Bella Berlaku Dalam Rumah Kawan Sendiri, Syed Azmi Akhirnya 'Bersuara'

Adik Bella, seorang anak istimewa yang dipercayai menjadi mangsa dera ternyata meruntun hati rakyat Malaysia.

Pada Isnin malam, aktivis Syed Azmi Alhabshi tampil bersuara dan memberikan penjelasannya berhubung kes melibatkan remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun itu.

Menurut Syed Azmi, dia ada alasan tersendiri apabila memilih untuk senyap terlebih dahulu ketika kes itu mula menjadi perhatian umum.

"Ramai sebenarnya nak tanya atau nak saya jawab pelbagai bentuk soalan mengenai kes penderaan Bella. Bella dijumpai dalam keadaan yang disyaki berlakunya penderaan ke atasnya dalam rumah kawan saya.

"Dia dijumpai oleh pelapor yang memaklumkan saya melalui video dan panggilan telefon dan yang saya bagitau ialah untuk bawa ke hospital. SCAN team di hospital diaktifkan dan rawatan, pemulihan dan perlindungan Bella dijalankan. Bella selamat.

"Now, apa sebenarnya berlaku pada Bella? Ini yang saya faham #justiceforbella dan saya pun nak tahu. Kemudian saya senyap. Adakah pemilihan saya untuk senyap ini yang paling tepat. Bergantung pada siapa yang saya tanya. Ada yang setuju dan ada yang tidak, " ujarnya.

Menurut Syed Azmi, ada beberapa perkara yang bermain di fikirannya ketika itu termasuklah isu keselamatan penghuni kanak-kanak lain serta keadaan semasa melibatkan jangkitan Covid-19.

"Waktu Bella disahkan sebagai kes yang memerlukan perlindungan, ada beberapa perkara yang saya perlu lihat iaitu keselamatan kanak-kanak lain. Sama ada di kediaman peribadi mahupun di Rumah Bonda.

"Kedua dua kediaman ini terkena wabak Covid-19 pada waktu ini. Ada yang negatif dan ada yang masuk hospital. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berusaha menyaring dan merawat kesemua penghuni, sukarelawan dan kanak-kanak.

"Kawan saya yang merupakan penjaga utama penghuni dan anak-anak jagaannya juga berada di hospital dan dia adalah orang utama penghubung antara penghuni dan juga ibu bapa mereka.

"Waktu ini laporan polis dah dibuat dan yang saya utamakan rawatan bagi semua penghuni yang terjebak dengan Covid-19. Mana yang boleh balik, kita mintak balik. Apa-apa yang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlukan kita berikan," ujarnya lagi.

Menurut Syed Azmi, dia memang rakan kepada penjaga Bella dan mengakui ada bertanya mengenai hal itu.

Luahnya lagi, dia turut sedih akan apa yang berlaku dan terpinga-pinga apabila dimaklumkan kejadian itu berlaku dalam kediaman rakannya.

"Saya memberitahu penjaga Bella apabila keadaan kesihatannya tidak lagi kritikal dan beberapa hari sebelum dia boleh discaj dari hospital mengenai laporan polis dan tuduhan terhadapnya.

"Ya saya memang kawan beliau tapi saya juga tahu apa yang berlaku apabila ada kes berkaitan penderaan secara amnya. Adakah saya bertanya? Yes. Dia bagitau jawapan dan saya minta dia tenang dan beri semua keterangan pada polis.

"Apa perasaan saya waktu itu? Penderaan yang berlaku pada Bella memang sedih. Saya diberitahu melalui seorang doktor mengenai keadannya sahaja tanpa gambar pun saya dah faham.

"Berlaku dalam rumah kawan saya sendiri, membuatkan lagi saya rasa terpinga-pinga apa yang berlaku sebenarnya. Soalan-soalan macam siapa, bila, kenapa, kat mana, semua tu dalam kepala dari awal lagi tapi saya senyap sahaja sebab semua tengah Covid-19," jelasnya.

Kata Syed Azmi, dia langsung tidak mempunyai sebarang syak wasangka dan akhirnya menyalahkan diri sendiri kerana beranggapan tidak cukup prihatin dengan keadaan sekeliling.

Jelasnya, dia mengambil pendekatan untuk senyap bagi membantu siasatan dan mahu segala proses berkaitan berjalan lancar.

"Kenapa lepas berlaku, tak ada cerita pada sesiapa, tak minta tolong sesiapa, dan semua tu la. Ini bermain main di kepala sebab kerja kami kebajikan dan kanak-kanak. Tak pernah perasan apa apa yang lainnya selama ini. Tak ada apa apa syak wasangka pun. Tak ada langsung.

"Akhirnya saya sendiri salahkan diri sendiri sebab adakah saya tak cukup bertanya khabar atau tak ada masa untuk kawan-kawan saya dan sebagainya. Itu yang saya mula-mula rasa.

"Akhirnya saya ambil tindakan untuk senyap dan bantu siasatan dan pada masa yang sama sebab saya rapat dengan yang dituduh, saya juga rasa saya bertanggungjawab untuk memastikan keadaan tenang agar semua jawapan dan soal siasat dapat jalan lancar. Itu yang saya pilih.

"Anak-anak jagaan JKM lain di atas nama penjaga yang sama juga di selamatkan dan ditempatkan di tempat yang selamat. Selesai satu lagi. Ingat ye, waktu ni keadaan mereka masih lagi dalam jangkitan Covid-19 dan JKM dengan bantuan KKM pantas selamatkan sejurus selepas mereka selamat untuk dipindahkan, " jelasnya.

Menurut Syed Azmi lagi, tiada apa yang boleh dilakukannya memandangkan Bella juga sudah diselamatkan dan diberi rawatan.

Tambah Syed Azmi, dia juga risau emosi suspek terganggu sehingga berlaku perkara tak diingini.

"Again, Bella sudah diselamatkan. Takde apa yang saya boleh buat untuk Bella. Rawatan perubatan, psikososial dan kaunseling, adaptasi semula ke tempat lama beliau dan perlindungan serta perkembangan intelektual semua diberikan. OK Alhamdulillah dan moga dia dapat atasi pengalaman yang beliau lalui dan mulakan hidup baru.

"Waktu ni, dah viral mengenai kes Bella. Nama saya dah naik. Netizen mahukan jawapan. Saya masih senyap. Kenapa? Sebab penjaga dah balik dan polis baru hari pertama siasatan. Kerja saya pastikan dia tenang dan beri kerjasama. Hari kedua pun. Hari ketiga pun sama. Hari keempat pun sama. Netizen push push push. Saya masih nak lihat apa nak kena buat. Beri kerjasama polis.

"Kalau push kuat lagi saya risau emosi suspek terganggu dan kalau dia breakdown, macam mana nak bagi keterangan? Kalau dia tetiba murung dan kelar tangan bunuh diri macam mana kita nak dapat tahu apa maklumat sebenar?

"Kalau dia tiba-tiba jadi gila macam mana dia nak berdiri dalam mahkamah? Selepas soal siasat pun saya kena dapatkan kerjasama dia untuk penghuni dan kanak-kanak lain. Kawan atau tidak, jelas kita ada proses undang-undang. Dia atau semua suspek penting untuk dalam keadaan tenang dan waras dalam bantu siasatan polis, " jelasnya lagi.

Di akhir nukilannya di Facebook, Syed Azmi turut memohon maaf dan mengakui sudah mencuba yang terbaik sebagaimana harapan semua pihak ke atasnya.

"Saya dah cuba tapi tak berkemampuan sebagaimana harapan semua. Saya bersuara hari ini sebab semua yang saya boleh buat saya dah buat.

"Terpulanglah pada kalian nak terima atau tidak. Maafkan saya," ujarnya.

Sumber: Mstar Online



from Sehinggit Media https://ift.tt/3yNmg4Q
via Merah Hati Cintaku

Tuesday, 30 March 2021

Neelofa Ke Langkawi Atas Urusan Kerja, Bukan 'Bulan Madu'

Sejak Isnin lalu hangat diperkatakan apabila tular di media sosial gambar selebriti popular Neelofa dan suaminya, PU Riz atau Haris Ismail didakwa tiba di Langkawi.

Terbaru, Polis Daerah Brickfields mengesahkan telah memberi kebenaran kepada Neelofa bersama tiga lagi individu untuk ke Langkawi atas urusan kerja.

Permohonan dibuat oleh wakil sebuah syarikat produk di Balai Polis Sri Hartamas atas urusan kerja bersama pihak Chatime Malaysia dan bukan untuk berbulan madu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, berdasarkan permohonan, kesemua mereka dibenarkan pergi ke lokasi tujuan bermula 27 Mac hingga 4 April 2021.

“Syarikat terbabit turut mengeluarkan surat memaklumkan nama Neelofa dan tiga yang lain berserta nombor kad pengenalan sebagai mewakili mereka untuk melawat kawasan Chatime yang akan dibuka,” katanya.

Berdasarkan jadual pergerakan mereka, lokasi yang akan dituju oleh Neelofa dan empat lagi adalah Langkawi, Sungai Petani, dan Kangar, Perlis.

Katanya lagi, sekiranya terbukti kehadiran Neelofa ke Langkawi untuk tujuan berbulan madu, pihak polis di sana boleh mengambil tindakan kerana melanggar SOP ditetapkan.

Sumber: Rotikaya



from Sehinggit Media https://ift.tt/39ujCqC
via Merah Hati Cintaku

Saturday, 13 February 2021

Wanita Terkejut Disuruh Buka Baju Oleh Anggota Polis, Jika Tidak Mahu Disaman?

Di media sosial baru-baru kecoh apabila seorang pengguna Twitter telah mendedahkan di mana dalam satu kejadian di Pulau Pinang, dia telah dihubungi oleh seorang anggota polis yang baru sahaja memeriksanya ketika melalui SJR dengan tujuan “ingin berkenalan.”

Terbaru, dalam kes di Jalan Duta pula, seorang wanita juga turut mendedahkan di laman Instagram dan juga Twitternya mengenai kejadian dia ditanya oleh anggota polis sama ada dia memakai pakaian dalam atau tidak.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Sabiyusof itu memaklumkan dia telah ditahan selepas tidak membawa lesen memandu ketika melalui SJR di Jalan Duta, ketika dalam perjalanan pulang ke Shah Alam selepas mengambil barang di Wangsa Maju.

Dia juga turut diminta mengemukakan surat kebenaran untuk pergerakan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun dia hanya menunjukkan kebenaran itu dalam sistem menerusi dalam talian dalam telefon bimbit miliknya.

Ketika pemeriksaan, salah seorang daripada dua anggota polis yang memeriksanya bertanya soalan Jika dia ada memakai pakaian dalam atau tidak, dan dengan beraninya anggota polis itu turut menawarkan pelepasan buatnya (tidak keluarkan saman) sekiranya wanita itu mengikut apa yang disuruh.



Wanita itu kemudian enggan menuruti permintaan polis itu dan meminta anggota polis terbabit mengeluarkan saja saman keatasnya.

Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya, berkata pada masa ini pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai kedua-dua dakwaan itu.

Siasatan pada masa ini adalah untuk mengenal pasti kedua-dua anggota terbabit berdasarkan keterangan dan maklumat yang ada.

Pada masa sama, Bukit Aman sudah menghubungi kedua-dua wanita itu bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai anggota yang didakwa mengganggu mereka bagi membantu siasatan JIPS. – Kata Zamri.

Zamri berkata, JIPS akan mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya ke atas mereka yang terbabit.

Kesalahan seperti dinyatakan itu adalah kesalahan tatakelakuan yang serius kerana ia boleh mencemarkan imej PDRM.

Kepada pengawai dan anggota polis, silalah bersikap profesional ketika bertugas dan elaklah membuat sesuatu perkara/percakapan yang tiada kaitan dengan tugas rasmi yang sedang anda jalankan. – Tegasnya memberi peringatan.

Apapun jangan cepat membuat tuduhan dengan melulu-lulu, kita tunggu dulu laporan siasatan dari pihak PDRM. Semoga kes-kes-kes seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan.

Kredit: Info Roadblock JPJ/Polis via https://ohmedia.my



from Sehinggit Media https://ift.tt/2LNUTVJ
via Merah Hati Cintaku

Ramai-ramai Makan Semeja, Shuib & Siti Sarah Dikompaun Langgar SOP PKP

LIPIS: Pasangan selebriti, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Mohamad dan isterinya, Siti Sarah Raissuddin masing-masing didenda RM1,000 seorang selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah premis restoran, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pasangan yang juga usahawan itu dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di premis terbabit.

Menurutnya, dua lagi pelanggan yang turut duduk semeja bersama pasangan itu turut dikenakan kompaun.

"Turut dikenakan tindakan ketika rondaan pasukan Task Force Op COVID-19 Balai Polis Kuala Lipis kira-kira jam 9 malam itu ialah pemilik restoran terbabit.

"Kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Sebelum itu, seorang individu memuat naik gambarnya bersama pasangan selebriti menjamu selera di dalam premis terbabit dalam akaun Facebook miliknya.

Kerajaan menetapkan bermula 10 Februari, hanya dua individu semeja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.

Sumber: Astro Awani



from Sehinggit Media https://ift.tt/2ZcxZKD
via Merah Hati Cintaku

Thursday, 11 February 2021

COVID-19: 20,000 Kes Harian Di Malaysia Diramal Mulai Mac Tahun Ini

SHAH ALAM - Kes Covid-19 di Malaysia diramalkan meningkat sehingga 20,000 jangkitan setiap hari bermula 3 Mac tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME), Amerika Syarikat mengunjurkan kes harian baharu akan mencecah 20,000 jangkitan.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama menurunkan angka jangkitan yang diramalkan.

"Mari kita tunjukkan bahawa kita dapat menurunkan angka yang diramalkan oleh IHME seperti yang kita lakukan dengan ramalan JP Morgan untuk pertengahan April 2020.

"Mari kita bersatu dalam menewaskan virus ini dan mengetepikan perbezaan dan kepentingan diri kita, terus fokus untuk memerangi perang ini dan melakukan yang terbaik untuk negara.

"Bersama-sama kita rakyat Malaysia dapat wujudkan yang mustahil dan lindungi orang yang lemah dan tersayang," katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau pada Khamis.

Pada April 2020, agensi penyelidikan JP Morgan meramalkan angka positif Covid-19 di Malaysia mengunjur meningkat kepada 6,300 kes pada pertengahan bulan itu.

Bagaimanapun, jangkaan itu ternyata meleset apabila hanya sekitar 4,000 kes dicatatkan di Malaysia pada bulan itu.

Sumber: Sinar Harian



from Sehinggit Media https://ift.tt/2MP8sor
via Merah Hati Cintaku

Wednesday, 10 February 2021

Populasi Penduduk Malaysia Sudah Cecah 32.73 Juta, Lelaki Melebihi Wanita

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia dianggarkan 32.73 juta orang pada suku keempat 2020, meningkat 0.4 peratus daripada 32.59 juta pada tempoh sama 2019, demikian menurut laporan Perangkaan Demografi.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin mengulas mengenai laporan perangkaan itu berkata jumlah penduduk itu merangkumi 29.85 juta orang (91.2 peratus) warganegara dan 2.87 juta orang (8.8%) bukan warganegara.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing 16.83 juta dan 15.90 juta.

Mohd Uzir berkata penduduk berumur 0 hingga 14 tahun (umur muda) pada suku tahun keempat 2020 menurun daripada 7.63 juta pada suku tahun keempat 2019 kepada 7.57 juta.

Katanya, sejumlah 468,975 kelahiran hidup direkodkan pada 2020 dan daripada jumlah itu, sebanyak 121,251 direkodkan pada suku tahun keempat 2020, iaitu menurun sebanyak 2.5 peratus berbanding suku tahun keempat 2019 dengan 124,384 kelahiran.

Mohd Uzir berkata penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 2.24 juta kepada 2.34 juta bagi tempoh yang sama.

“Trend ini adalah selari dengan negara-negara maju yang menuju ke arah penuaan penduduk” katanya.

Keseluruhan 174,313 kematian direkodkan pada 2020 dengan 44,390 kematian direkodkan bagi suku tahun keempat 2020, menurun sebanyak 0.4 peratus berbanding suku tahun keempat 2019 iaitu 44,566 kematian -- BERNAMA



from Sehinggit Media https://ift.tt/3aUnJvZ
via Merah Hati Cintaku

Semalam Viral OKU Rumah Terbakar, Hari Ini Ebit Lew Sampai Siap Plan Bina Rumah Baru

Sebelum ini tular di media sosial kisah seorang OKU cacat penglihatan yang ditimpa musibah apabila rumahnya terbakar.

Kejadian yang berlaku di Kampung Landak Pengkalan Chepa, Kelantan itu bagaimanapun berjaya menarik perhatian pendakwah bebas Ebit Lew yang hari ini dengan pantas datang membantu.

Ebit Lew dalam perkongsiannya di Facebook menyatakan pihaknya sedia untuk mendirikan sebuah rumah baru untuk 2 beradik ini dan semua kos kontraktor serta barang-barang lain akan ditanggungnya.

Tadi bawa plan rumah dan bayarkan dengan kontraktor disini untuk barang dan lain-lain. InsyaAllah telah bayar rumah ini sepenuhnya. – Tulis Ebit Lew.

Tak cukup dengan rumah baru, Ebit Lew turut menghadiahkan motor baru dengan roda tiga bagi memudahkan mereka keluar mencari rezeki.

Hebat abang ni jaga adik downsindrom dan buta. Setiap malam akan pergi rumah ini cari rumahnya. Tadi saya cakap nak buat rumah. Dia kata dekat saya tak nak tinggi takut jatuh. Saya kata rumah rendah je. – Kongsi Ebit Lew lagi.

Besar sungguh bantuan yang diberikan Ebit Lew tanpa mengira wang ringgit, tetap membantu apa yang termampu.

Ustaz Ahmad juga sudah sampai melihat keadaan mangsa dan menyatakan bantuan akan menyusul.

Kredit: Ebit Lew via Ohmedia.my



from Sehinggit Media https://ift.tt/370mCtC
via Merah Hati Cintaku

Tuesday, 9 February 2021

Ibu Kandung Dan Bapa Tiri Adik Amir Berdepan Hukuman Gantung


Sebelum ini, Malaysia digemparkan mengenai berita kematian seorang kanak-kanak lelaki Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek yang dipercayai didera oleh ibu bapanya sehingga meninggal dunia bulan lalu.

Hari ini, pasangan suami isteri tersebut didakwa di Mahkamah Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan membunuh kanak-kanak berusia tujuh tahun itu sehingga menyebabkan kematian.

Menerusi laporan BH Online, tertuduh Mohd Fadzli Abdull Razak dan isterinya Zuraida Atan didakwa di dua mahkamah berasingan atas dua pertuduhan iaitu membunuh dan mendera.

Pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua mereka sejurus kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Sabit kesalahan, tertuduh yang merupakan ibu kandung dan bapa tiri kepada mangsa yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun boleh dihukum mati.

Pasangan berkenaan turut didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2001 kerana mendera dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM20,000 atau kedua-duanya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu ketika dibaca di hadapan Hakim Nariman selain tidak membenarkan sebarang jaminan.

Tertuduh lelaki diwakili peguam, Datuk Ahmad Musthafi Mohamad dan Muhammad Firdaus Abd Razak manakala tertuduh wanita pula dibarisi peguam Zamri Idrus, Ishak Mohd Kari, Yusman Che Aman dan Saifuzzaman Ab Rahman.

Bagaimanapun, kedua-kedua kes tersebut akan disebut semula pada 29 Mac depan sementara menunggu laporan bedah siasat.

Sumber: BH Online via https://ohmymedia.cc




from Sehinggit Media https://ift.tt/36YSyOR
via Merah Hati Cintaku

Malaysia Negara Ketiga Di Asia Paling Ramai Sugar Daddy

Sebut sahaja sugar daddy, mungkin ramai yang beranggapan ia hanya melibatkan sebahagiaan kecil sahaja lelaki yang memegang gelaran tersebut.

Namun, laporan Free Malaysia Today ini ternyata mengejutkan ramai apabila terdapat 42,500 individu bergelar sugar daddy di negara ini.

Malah, menurut SeekingArrangement laman “Sugar Dating” terbesar dunia, Malaysia merupakan negara ketiga paling tinggi di Asia memiliki sugar daddy paling ramai.

Indonesia berada di kedudukan kedua dengan 0,250 sugar daddy manakala India menduduki tempat pertama di Asia dengan 338,000 sugar daddy.

Ketua Pegawai Eksekutif Seeking Arrangement Brandon Wade berkata, jurang antara orang kaya dan miskin di Asia meningkat dalam dua dekad, mendorong lebih ramai wanita mencari lelaki lebih berusia kerana pelbagai faktor.

Wade berkata ekonomi Asia yang berkembang pesat menyumbang kepada ramai pelabur asing menubuhkan perniagaan dan menjalani kehidupan di rantau ini.

“Tidak mengejutkan mengapa Asia seolah-olah menjadi sarang ‘sugar daddy’ untuk berpasangan terutama dalam kalangan demografi bandar,” katanya.

SUMBER: Free Malaysia Today via https://gulapop.com



from Sehinggit Media https://ift.tt/371gQI9
via Merah Hati Cintaku

"Aku Merayu, Melutut Kat Kaki Kau" – Isteri Penyanyi Rap Popular Dedah Suami Curang?

Isteri kepada seorang penyanyi rap popular telah membuat pendedahan berani dengan mendakwa suaminya berlaku curang. Melalui status yang ditulis di Instagram Story, wanita berkenaan mendakwa suami telah mengabaikan dirinya dan anak-anak angkara orang ketiga.

Status yang ditulis turut memberi bayangan mereka sudah lama mempunyai masalah rumah tangga.


Dakwanya lagi, suami sudah empat kali melafazkan cerai gara-gara seorang wanita yang dikatakan kekasih suaminya. Malah, semasa berpantang, dia pernah merayu kepada suami supaya fokus kepada keluarga namun gagal.



Berasa sangat kecewa, wanita ini turut mengimbau kesusahan yang dijalani mereka sewaktu suami dipandang rendah oleh orang lain. Namun, selepas berjaya, dia dikatakan dihina oleh suami sendiri.

SUMBER : natiqahrahmat via beautifulnara.com



from Sehinggit Media https://ift.tt/3tChAxf
via Merah Hati Cintaku

Kerajaan Benarkan Makan Di Restoran, Terhad 2 Orang Satu Meja Bermula Esok

KUALA LUMPUR - Pelanggan boleh makan di dalam restoran, terhad dua orang satu meja dan mengikut prosedur operasi standard (SOP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, kerajaan juga bersetuju untuk membuka semula baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan.

Sebelum ini, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menggesa kerajaan membenarkan pelanggan makan di kedai dengan pematuhan SOP ketat termasuk dua individu pada satu meja.

Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang tidak membenarkan pelanggan makan di restoran menjejaskan industri tersebut.

Menurutnya, ramai pengusaha kedai makan dan restoran kini mengeluh kerana jualan harian merudum sejak PKP dikuatkuasakan semula.

Sumber: Sinar Harian



from Sehinggit Media https://ift.tt/3p2SUdH
via Merah Hati Cintaku

Usaha Pujuk Hati Isteri, Shuk Sahar Bawa Rombongan Meminang

PELAWAK dan penyampai radio, Shuk Sahar membuktikan kesungguhannya untuk memenangi semula hati isteri, Rossalennah Natassyiah Asshafera atau Sera.

Justeru pada malam Isnin, Shuk tampil membuat kejutan lengkap berbaju pengantin bersama rombongan untuk ‘meminang’ semula Sera.

Momen yang turut disiarkan secara langsung menerusi Instagram mereka berdua itu, pada mulanya bertukar agak kecoh apabila Shuk memberitahu ingin meminta keizinan Sera untuk berkahwin.

Bagaimanapun Shuk yang tiba bersama beberapa rakannya yang turut membawa dulang hantaran, lengkap dengan kompang memaklumkan niat sebenar kedatangannya itu.

“Dikesempatan ini saya nak minta maaf pada awak…. Harap awak boleh terima saya balik…

“Boleh ke maafkan saya?” jelas Shuk dan disambut anggukan daripada Sera.

@odahpurkhan ♬ original sound - Odah Purkhan

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar sebelum ini mengakui kesilapannya dan memberitahu sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan semula keluarganya.

Terdahulu kisah rumah tangga penyampai radio itu sekali lagi menjadi bualan hangat apabila Sera mendedahkan kecurangannya bersama wanita lain menerusi media sosial pada Sabtu lalu.

Akibat daripada pendedahan itu, tugas Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung sehingga kini.

Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 di  Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang puteri, Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimy, 2 tahun.

Sumber: Sinar Plus



from Sehinggit Media https://ift.tt/3judZwu
via Merah Hati Cintaku

Monday, 8 February 2021

Menurut Kajian, COVID-19 Boleh Tersebar Melalui Hembusan Asap Vape

SATU kajian terbaharu mendapati pengguna vape yang dijangkiti COVID-19 lebih mudah menyebarkan virus itu kepada orang sekeliling dengan cara hembusan.

Portal Daily Mail UK memetik kajian oleh pakar dari Mexico, Italy dan New Zealand itu sebagai berkata hembusan asap vape boleh menyebarkan ribuan partikel virus ke persekitaran individu tersebut.

Ia juga mampu menyebarkan virus COVID-19 sehingga 2 meter jaraknya, melepasi peraturan penjarakan fizikal United Kingdom (UK) iaitu 1 meter.

“Pakar tersebut menggesa pengguna vape agar tidak melakukan aktiviti berkenaan ketika beratur, di perhentian bas, atau mana-mana kawasan awam yang orang ramai mempunyai risiko berada dalam kepulan asap alat berkenaan.

“Mereka berkata walaupun sukar menghentikan aktiviti itu di rumah, tetapi ia sesuatu yang masuk akal untuk melarang penggunaan alat berkenaan di tempat-tempat awam,” menurut portal itu lagi.

Tambah portal itu lagi, sekumpulan saintis turut membuat model bagaimana virus itu boleh tersebar dalam kepulan asap nipis vape, bagaimana ia masuk ke dalam paru-paru, seterusnya ke mulut, dan dihembuskan semula.

Mereka turut membuat model yang sama menggunakan kepulan asap tebal vape yang meningkatkan risiko sekitar 5 hingga 17 peratus.

Dr Roberto Sussman dari Universidad Nacional Autonoma de Mexicor dalam artikel yang sama berkata bahan kimia dalam asap vape tidak mampu membunuh virus berkenaan.

Kajian tersebut telah dimuat naik di portal kesihatan MedRxiv, tetapi masih belum dikaji semula dan disahkan oleh saintis lain.

Sumber: Astro Awani



from Sehinggit Media https://ift.tt/2YXQQsH
via Merah Hati Cintaku

"Nak Buat Macam Mana, Saya Memang Nakal.." Lizzy Tak Terasa Hati Komen Netizen

Sebut sahaja nama Elizabeth Tan, pasti ramai tahu penyanyi dan pelakon itu sinonim dengan imej yang agak seksi dan nakal.

Dek kerana aksi nakalnya itu, Elizabeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy sering mendapat komen berbaur lucah daripada golongan lelaki.

Tidak mengambil pusing dengan komen-komen tersebut, Lizzy menolak dakwaan dia sengaja berpenampilan menjolok mata semata-mata untuk meraih perhatian lelaki.

“Saya tahu setiap kandungan dalam media sosial dan apa jenis perhatian yang akan diraih.Kalau orang kata saya sengaja sajikan kandungan gedik dan nakal, nak buat macam mana, memang saya nakal,” katanya.

Dalam pada itu, Lizzy berkata penampilannya di media sosial masih lagi sopan dan tidak melampau serta masih menghormati sensitiviti masyarakat.

“Saya tak pakai seksi sangat pun dan selalunya pakai baju kasual saja untuk video dan gambar. Orang kata saya kena hormat sikit sensitiviti masyarakat bila dan masuk dalam industri seni yang dimonopoli Melayu.

“Sebab hormatlah saya tak buat perkara yang melampau atau pakai baju yang lebih seksi. Sebolehnya saya tak pakai pakaian yang menunjukkan pusat, masih ada garis panduan lagi,” katanya.

Kata Lizzy lagi, meskipun foto dan videonya sering dihujani dengan komen berbaur lucah namun dia tidak terasa hati. Ujarnya, dia tidak boleh mengawal apa yang difikirkan oleh netizen.

Sumber: Utusan Online via Rotikaya



from Sehinggit Media https://ift.tt/3q3NS1T
via Merah Hati Cintaku

Kilang Bebola Ikan, Babi Menjijikkan Diserbu Di Pulau Pinang

Kepala Batas: Berulang-kali memberitahu kilang mahu ditutup kerana sudah bankrap bagi mengelakkan dikenakan tindakan berikutan keadaan premis menjijikkan.

Begitu alasan diberikan pemilik kilang memproses makanan sejuk beku bukan Islam di Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi, di sini, apabila diserbu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), hari ini.

Dalam serbuan 10 pagi itu, pemeriksaan mendapati tahap kebersihan kilang berkenaan begitu menjijikkan apabila memproses makanan dengan meletakkannya di atas lantai hingga menyebabkan ia dihurung lalat dan lipas selain terdapat tahi tikus yang dijumpai di celah-celah peralatan yang digunakan.

Pegawai Kesihatan BKKM JKNPP Mohd Wazir Khalid berkata, walaupun produk berkenaan dipasarkan kepada bukan Islam, namun pihaknya mengutamakan aspek kebersihan supaya tidak berlaku keracunan makanan.

"Tahun lalu, kita sudah memberi amaran dan nasihat kepada pemilik kilang ini, tetapi tidak diendahkan selain tiada sebarang penambahbaikan dilakukan, bahkan pekerja juga tidak mengambil suntikan tifoid.

"Dalam soal siasat, pemiliknya tidak habis-habis beri alasan kilang dah nak tutup sebab bankrap tapi dalam rekod sudah 50 tahun beroperasi dan berulang-ulang melakukan kesalahan sama," katanya selepas mengadakan operasi di kilang itu, di sini.

Mohd Wazir berkata, pihaknya juga bimbang berikutan terdapat sesetengah produk bebola yang dikeluarkan tidak mempunyai label sekali gus akan menimbulkan kekeliruan terutama kepada pengguna muslim.

"Kita dapati terdapat percampuran pada bahan ikan dan daging babi dalam proses menghasilkan bebola, dan apa yang menjadi kekeliruan terdapat bungkusan yang tidak mempunyai label.

"Bagi produk yang mempunyai label (jenama) pula ditulis dalam tulisan Cina yang menyalahi undang-undang kerana setiap produk dikeluarkan wajib mempunyai tulisan bahasa Melayu kerana produk-produk makanan seperti ini kebiasaannya dijual di pasar basah," katanya.

Katanya, berikutan kesalahan itu, pihaknya bertindak menutup kilang terbabit selama dua minggu mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 selain mengeluarkan tiga notis di bawah Peraturan 32 akta sama atas kesalahan pengabaian kebersihan diri ketika mengendalikan makanan.

"Pada masa sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri juga mengambil tindakan ke atas pemilik berikutan kesalahan sukat timbang dan menyimpan minyak masak tanpa kebenaran.

"Selain itu, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MBSP) pula mengambil tindakan berikutan pejabat kilang itu beroperasi tanpa lesen," katanya.

Seramai 43 anggota penguat kuasa dari JKNPP, KPDNHEP dan MBSP terbabit dalam Op Tegar itu.

Sumber: Harian Metro



from Sehinggit Media https://ift.tt/3rukNNp
via Merah Hati Cintaku